Related Stories
Kate Spade hadirkan rangkaian tas yang memenuhi kehendak wanita sekarang. Mengutamakan kefungsian, tanpa menyingkirkan aspek fesyen. Dedikasi musim bunga 2021, Kate Spade memperkenalkan “The Knott Satchel”, yang memiliki butiran tambahan berupa ikatan yang ditampilkan pada sisi tas. Rekaannya tidak kompleks, ringkas dengan variasi warna memikat, mengetengahkan sifat-sifat klasik Kate Spade pada keseluruhan rupa.
Kate Spade sengaja memuatkan ruang poket yang banyak, bagi memudahkan urusan wanita zaman sekarang. Multitasker woman merupakan jenis wanita yang sempurna untuk memiliki koleksi ini. Perihal praktikal sememangnya usah dinafikan lagi. Selain variasi ruang poket, saiznya yang beragam yakni dalam saiz mini, medium dan besar. Menepati pilihan wanita yang memerlukan saiz tas mengikut kehendak tersendiri. Ada yang selesa dengan saiz medium, dan ada yang gemar tas saiz besar kerana segala keperluan boleh disimpan dengan baik.
Warna yang pelbagai, disuntik palet warna yang lantang, benar-benar menyimbolkan trend musim bunga, yang secara tak langsung mengukuhkan lagi identiti Kate Spade. Yang gemar bercanda dengan warna-warna terang, mahupun cetakan. Selain berfungsi sebagai peningkat gaya, butiran tersebut tentunya mencipta ‘statement’ dan mengkombinasikan aura feminin dengan sentuhan moden. Sesuai untuk semua jenis wanita.
Pengarah Kreatif Kate Spade, Nicola Glass berkata, tas the Knott, merupakan satu himpunan untuk wanita yang pelbagai ragam. Ia menjadi keutamaan Nicola untuk memastikan himpunan ini direka dan berperanan untuk semua wanita. Tanpa mengira latar belakang, kerjaya dan situasi kehidupan. The Knott adalah refleksi kepada gaya harian yang diperkayakan dengan butiran penting seperti pemilihan warna dan desain. Suatu tas yang dilengkapi dengan semua keperluan.
Sebagai opsyen, the Knott Satchel, turut dilengkapi tali beg yang boleh dilaraskan untuk disilang pada badan atau disangkut pada bahu untuk mencipta stail yang pelbagai. Kemudahan tersebut, membenarkan wanita melakukan aktiviti lain sewaktu ia menyilang kukuh pada badan. Praktikal bukan?
Harga the Knott bermula antara RM1,470 dan RM1,950 yang kini berada di seleksi butik Kate Spade di Malaysia. And boleh juga membelinya secara online di katespade.com dengan servis penghantaran ke rumah dengan percuma.






Artikel berkaitan: We’re Not Really Strangers x Valentino, Bicara Kepositifan dan Kebersamaan
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
