Pagi ini sebuah berita menggemparkan dunia fesyen telah diumumkan. Siapakah bakal menggantikan kerusi kreatif Virginie Viard selepas ini?
Selepas 30 tahun, Virginie Viard, hari ini secara rasmi dia bakal meninggalkan rumah fesyen Chanel. Jenama gah ini sendiri mengesahkan perkhabaran ini menerusi Vogue Business. Ia menjadi sebuah berita gempar buat peminat industri fesyen seluruh dunia namun tidak ketinggalan ramai yang sudah mula mengetengahkan nama-nama yang selayaknya menduduki kerusi kreatif milik Virginie Viard ini.
Gambar: Getty Images
“Chanel mengesahkan pemergian Virginie Viard selepas berkerjasama selama lima tahun sebagai Pengarah Artistik koleksi fesyen, di mana dia telah memperbaharui kod rumah sambil menghormati warisan kreatif Chanel, dan dia juga telah bersama hampir tiga puluh tahun bersama rumah fesyen ini.” Tambahan lagi, “Sebuah organisasi kreatif baharu bakal diumumkan kelak. Chanel ingin mengucapkan terima kasih kepada Virginie Viard di atas sumbangannya yang luar biasa kepada fesyen, kreativiti juga tenaga di Chanel.”3 Dekad Virginie Viard bersama Chanel
Gambar: Getty Images
Mula menyertai rumah fesyen Chanel pada tahun 1987 bersama Karl Lagerfeld. Kemudian dunia digemparkan dengan kematian Lagerfeld pada tahun 2019. Setelah itu, Viard diumumkan sebagai Pengarah Kreatif Chanel. Untuk pengetahuan semua, dia adalah pengarah artistik ketiga Chanel (semenjak penubuhan pada tahun 1910) selepas Lagerfeld dan Coco Chanel. Dalam lima tahun Viard mengemudi jenama mewah ini, dapat disaksikan pelbagai sentuhan dan nafas baharu diberikan pada setiap musim. Dia memperkenalkan duta Penelope Cruz dan Lily-Rose Depp, Jennie BLACKPINK, Timothée Chalamet dan Riley Keough.Walau bagaimanapun, koleksi Chanel Haute Couture Musim Luruh/Sejuk 2024/2025 tetap akan dipersembahkan seperti yang dirancang pada Jun 2025 di Opéra Garnier di Paris.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
