Gema KLFW 2025 Kian Terasa!
By
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio|
Jul 11, 2025
Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 kini kembali lagi! Mengangkat Kuala Lumpur sebagai nadi arena seperti tahun yang lalu, namun edisi kali ini menjanjikan kemeriahan berganda menerusi barisan pereka baru serta kemunculan semula pereka seperti Hatta Dolmat, Ezzati Amira dan ramai lagi.
Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 bakal membuka tirainya dari 4 hingga 10 Ogos dengan skala penganjuran terbesar setakat ini. Bertempat di Esplanade, KLCC dengan latarbelakang Menara Berkembar Petronas yang ikonik, edisi ke-13 ini menghimpunkan lebih 55 pereka dan jenama. Pentas fesyen berprestij ini bukan sekadar peragaan, tetapi satu pergerakan komuniti yang mengangkat seni reka fesyen lokal, meraikan evolusi gaya dan menjadi titik pertemuan antara tradisi serta kontemporari. Selain kehadiran 500 tetamu setiap hari, penstriman langsung di skrin LED luar turut menghubungkan penggemar fesyen dengan pentas utama secara inklusif.
KLFW 2025: Merentas Generasi, Menyatukan Komuniti
Tahun ini, lebih banyak kemunculan sulung buat debut KLFW oleh pereka muda seperti Akmal Hakim, ShazNash, Ugly Pretty, HUNTILANAK dan MOKJY. Siap sedia untuk memperlihatkan impak segar melalui pendekatan berani, idea segar serta naratif peribadi yang jujur oleh pereka-pereka era kini. Tidak ketinggalan juga, tiga bintang dari Pencarian Pereka KLFW tahun lalu, Raja Irfan, Mei Mei dan Salahuddinhilmi yang akan diperkenalkan dalam segmen “Rekaan Demi Kelestarian”, mempersembahkan koleksi mereka dalam memperkukuh komitmen acara ini terhadap pembangunan bakat dan kelestarian dalam industri fesyen tempatan.
KLFW 2025 kali ini juga menyambut kepulangan nama-nama besar pereka tanah air seperti Hatta Dolmat dan Ezzati Amira yang akan kembali mempersembahkan koleksi mereka, turut akan diperlihatkan himpunan koleksi dari Maarimaia, Mimpikita, Neonate serta Private Stitch untuk tahun ini. Sementara itu, antara figura paling dinanti-nantikan ialah Radzuan Radziwill dan artisan bespoke, Teh Firdaus yang cukup terkenal akan rekaan couture untuk golongan elit dan dirajanya. Tidak dilupakan dengan deretan jenama ternama termasuk Rizman Ruzaini, Fiziwoo, Masyadi Mansoor, BEHATI dan ramai lagi, yang bakal mewarnai pentas peragaan serba hitam ini dalam mengukuhkan dominasi mereka dalam naratif fesyen tanah air.
Menambah nilai edisi pertunjukan fesyen kali ini adalah kolaborasi penuh antara KLFW dan barisan penaja utama yang merangkumi KLCC (Holdings) Sdn Bhd, L’Oréal Paris, Poh Kong, Vivo Malaysia, MOCCONA dan banyak lagi. Ia mendorong semangat komuniti serta visi KLFW yang kekal teguh sebagai platform kolektif untuk menyemarakkan kreativiti industri penuh glamor ini dan menyatukan para penggiat fesyen di Malaysia.
Artikel Berkaitan: RECAP: 10 Penampilan Selebriti Di KLFW 2024!
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
