Anya Taylor Joy Curi Tumpuan Mata Fesyen
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioAnya Taylor Joy bukanlah orang baharu dalam arena hiburan. Dia terdahulu sudah menghiasi banyak filem. Antara yang pernah dibintangi oleh bintang asal Florida ini termasuklah The Witch yang mana menjadi debut filem buatnya. Selain itu Anya Taylor Joy juga pernah membintangi filem arahan M. Night Shyamalan bertajuk Split. Tetapi, rentaknya lebih nampak di kaca televisyen. Taylor Joy menjadi jaguh buat racangan drama Peaky Blinders. Paling terbaru watak utama buat The Queen’s Gambit yang diterbitkan buat Netflix.
Pada usia 23, Taylor Joy bintang muda yang dinanti-nantikan oleh label fesyen. Mereka sentiasa mahukan darah baru. Wajah Taylor Joy memberi definisi baru pada arena fesyen. Kejelitaannya yang unik itu diburu oleh label fesyen dan dia mula dibaluti gaun berlabel mewah. Paling mengujakan adalah ketika pelakon ini muncul dalam gaun Bob Mackie buat acara karpet merah tayangan perdana Emma. Cita vintaj baju itu ditambah gah selari dengan filem Emma yang berkisar era Regency.

Kini, Tayloy Joy sibuk merangkul anugerah buat lakonannya sebagai Beth Harmon dalam rancangan televisyen The Queen’s Gambit. Pertama kali dia muncul dalam balutan gaun hijau Dior buat acara Golden Globes. Dress hijau lureks itu digandingkan bersama kot dalam rona dan material senada. Tiffany & Co. pula melengkapkan gaya pemenang anugerah pelakon wanita terbaik oleh Golden Globes 2021 bersama rantai, cincin dan subang berlian.
Kemudiannya, dia muncul pula dalam gaun merah berry berjenama Dior. Artisan Dior mengambil masa 200 jam untuk menyiapkan masterpiece ini! Sekali lagi, tuah Dior melekat padanya dan dia berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik daripada Critics Choice Awards. Cuma kali ini, kilauannya daripada barang kemas Bvlgari.
Pautan Berkenaan: GLAM Persona: Nora Danish Reborn
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
