Ketokohan Almarhum Tengku Abdullah Ibni Sultan Abu Bakar ketika hayatnya menjadi teladan kepada putera & puteri baginda. YM Tengku Shaheera binti Tengku Abdullah kini menyambung legasi dengan menubuhkan Yayasan Tengku Abdullah (YTA).
Pembangunan terkini YTA adalah sumbangan ‘prescription glasses’, yang merupakan inisiatif baru yang dibentuk setahun lalu. YTA secara berperingkat telah berkunjung ke sekolah-sekolah luar bandar di seluruh Malaysia secara berperingkat seperti di Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor. Malah, mereka mengesan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk menerima bantuan YTA ini.
“Kami merancang untuk pergi ke bahagian lain di Malaysia tidak lama lagi kerana mendapati bahawa ramai pelajar muda di bawah umur lapan tahun sangat memerlukan ‘prescription glasses’ tetapi tidak mampu atau tidak mempunyai akses menjalani penapisan kesihatan mata. Oleh itu, kami ingin memperluas program ini sebanyak yang kami boleh untuk menemui lebih ramai pelajar yang boleh mendapat manfaat daripadanya.”
Tengku Shaheera penuh semangat berkongsi setiap perancangan YTA. Dia gembira dapat menabur bakti kepada masyarakat. Almarhum ayahanda menjadi pengaruh utama yang memberi inspirasi kepada dirinya. Banyak lagi yang diwarisinya dari Almarhum ayahanda seperti adab, selera berfesyen, minat melancong, cara bercakap dan gaya hidup. Ramai kenalan mengatakan bahawa mereka berdua paling tak tumpah banyak persamaan.
Menurut Tengku Shaheera, Almarhum ayahanda dikenali ramai sebagai lelaki budiman, tokoh berwibawa, bijak berbicara, bergaya, murah hati dan sangat berdisiplin. “Besar harapan saya dikenang masyarakat seperti mana mereka mengingati Almarhum ayahanda,” ujarnya lagi. Seandainya beliau masih hidup, Tengku Shaheera yakin Almarhum ayahanda sangat bangga dengan pencapaian YTA hari ini. YTA turut membantu pelbagai jenis badan amal lain untuk meluaskan bantuan. Tengku Shaheera mahu belajar daripada mereka yang sudah lama melakukan kerja amal. Dia tidak kisah menimba pengetahuan dan berharap kesedaran penjenamaan YTA akan lebih luas menyantuni masyarakat.
Mereka meluaskan lagi kerja kebajikan termasuk membantu membersihkan sampah di Zoo Negara sehinggalah sumbangan derma stetoskop bagi pelajar Sarjana Perubatan di UPM Selangor. “Ini adalah salah satu kekuatan Yayasan kerana YTA sangat fleksibel dalam jenis aktiviti dan bantuan yang kami boleh berikan. Keperluan asas itu lebih penting dari sumbangan wang. YTA turut menganjurkan rumah terbuka dengan mengundang tiga rumah anak yatim bersua muka dengan keluarga kakitangan Fomema. Adalah penting untuk menggabungkan masyarakat dari latar belakang yang berbeza. Keadaan ini membolehkan kanak-kanak dua latar berbeza ini bergaul dan menghabiskan masa berkualiti bersama.”
Majlis Berbuka Puasa Di Lanchang, Pahang, adalah acara tahunan yang penuh bermakna. Tempat ini istimewa bagi Tengku Shaheera sekeluarga kerana Almarhum ayahanda berasal dari Pahang. “Suatu hari Almarhum ayahanda memandu balik Kuala Lumpur dari Kuantan dan kami singgah solat. Beliau kemudiannya membangunkan kawasan tersebut dengan membina masjid yang dinamakan sempena bondanya. Masjid tersebut kini dipanggil Masjid Al Azam. Saya juga rapat dengan nenda. Telah sepuluh tahun berlalu, pasti kami teringatkan mereka berdua. Setiap tahun kami menjemput semua komuniti dan seramai 700 orang menghadiri pada tahun ini. Ini termasuk pelajar dari sekolah tahfiz, mereka-mereka yang memerlukan berkeperluan khas dan juga warga emas. Acara ini menjadi tradisi dan sangat istimewa bagi saya dan adik beradik.”
Tengku Shaheera bersyukur, sehingga hari ini tiada cabaran besar mereka alami kecuali….
*Untuk baca lanjut serta lebih eksklusif lagi tentang kisah Tengku Shaheera, dapatkan naskhah terkini GLAM Malaysia isu Mei 2024 di pasaran.
pengarang fesyen JOHAN KASSIM pengarah seni AMIRUL ARIFIN gambar CHIN TOO solekan SAHIR SABRI dandanan CKAY LIAW penata gaya hijab NAZLIVINGSTYLE teks MARINI MAT ZAIN
Kehilangan Almarhum Tengku Abdullah ibni Sultan Abu Bakar pada 2018 memberi kesan mendalam terhadapnya. Namun, didikan Almarhum ayahanda sebagai seorang dermawan diteruskannya oleh Tengku Shaheera dan abangnya Tengku Abu Bakar. Mereka dua beradik telah memutuskan untuk menubuhkan YTA pada 2021 demi menyambung kerja amal dilakukan Almarhum ayahanda dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik. Pengalaman berada di kota London sejak usia enam belas tahun banyak membantu kemahiran bersosial Tengku Shaheera. Justeru itu, mudah untuk puteri ini lebih memahami individu yang berlainan bangsa, budaya dan agama. Kemahiran tersebut yang banyak membantunya sebaik pulang ke Malaysia selepas menamatkan ijazah dalam pengurusan perniagaan dan sarjana dalam reka bentuk dalaman.Bakti Ayahanda Menjadi Teladan
Visi jangka panjang YTA adalah untuk terus membantu sebanyak mungkin masyarakat dari pelbagai peringkat usia, kumpulan, bangsa, dan latar belakang. YTA bertujuan untuk menyalurkan bantuan ke seluruh Malaysia. Menurut Tengku Shaheera, dia berharap agar kesedaran sosial tentang program YTA ini didengari dan dapat berhubung dengan sekolah-sekolah baru. Semoga orang ramai menyedari kerja amal yang dilakukan dan dapat berhubung secara langsung dengan mereka yang memerlukan. “Saya dapat melihat bahawa misi pembangunan masyarakat adalah keutamaan kami. Saya percaya bahawa setiap sedikit bantuan adalah penting tanpa mengira bangsa, latar belakang kelahiran. Kami membantu rumah anak yatim, rumah orang tua, ibu tunggal, keluarga B40, pesakit penyakit kronik atau pelajar yang memerlukan bantuan. Kami berfungsi lebih baik sebagai sebuah komuniti dan terus harus peka terhadap orang-orang sekeliling.” Tugasan harian mereka bergantung kepada jumlah acara yang ada pada setiap bulan dan jenis aktiviti yang lakukan juga. Walau bagaimanapun, tugas yang paling konsisten yang dilakukan adalah sumbangan susu formula dan tuala wanita kepada keluarga B40 atau mana-mana rumah amal yang memerlukannya. Ia merupakan aktiviti rutin dilakukan sepanjang tahun dan YTA telah membuat sumbangan dua sehingga tiga kali sebulan mengikut tempat-tempat berbeza.
Pembangunan terkini YTA adalah sumbangan ‘prescription glasses’, yang merupakan inisiatif baru yang dibentuk setahun lalu. YTA secara berperingkat telah berkunjung ke sekolah-sekolah luar bandar di seluruh Malaysia secara berperingkat seperti di Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor. Malah, mereka mengesan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk menerima bantuan YTA ini.
“Kami merancang untuk pergi ke bahagian lain di Malaysia tidak lama lagi kerana mendapati bahawa ramai pelajar muda di bawah umur lapan tahun sangat memerlukan ‘prescription glasses’ tetapi tidak mampu atau tidak mempunyai akses menjalani penapisan kesihatan mata. Oleh itu, kami ingin memperluas program ini sebanyak yang kami boleh untuk menemui lebih ramai pelajar yang boleh mendapat manfaat daripadanya.”
Tengku Shaheera penuh semangat berkongsi setiap perancangan YTA. Dia gembira dapat menabur bakti kepada masyarakat. Almarhum ayahanda menjadi pengaruh utama yang memberi inspirasi kepada dirinya. Banyak lagi yang diwarisinya dari Almarhum ayahanda seperti adab, selera berfesyen, minat melancong, cara bercakap dan gaya hidup. Ramai kenalan mengatakan bahawa mereka berdua paling tak tumpah banyak persamaan.
Menurut Tengku Shaheera, Almarhum ayahanda dikenali ramai sebagai lelaki budiman, tokoh berwibawa, bijak berbicara, bergaya, murah hati dan sangat berdisiplin. “Besar harapan saya dikenang masyarakat seperti mana mereka mengingati Almarhum ayahanda,” ujarnya lagi. Seandainya beliau masih hidup, Tengku Shaheera yakin Almarhum ayahanda sangat bangga dengan pencapaian YTA hari ini. YTA turut membantu pelbagai jenis badan amal lain untuk meluaskan bantuan. Tengku Shaheera mahu belajar daripada mereka yang sudah lama melakukan kerja amal. Dia tidak kisah menimba pengetahuan dan berharap kesedaran penjenamaan YTA akan lebih luas menyantuni masyarakat.
Memperluas Inisiatif Murni
Mereka meluaskan lagi kerja kebajikan termasuk membantu membersihkan sampah di Zoo Negara sehinggalah sumbangan derma stetoskop bagi pelajar Sarjana Perubatan di UPM Selangor. “Ini adalah salah satu kekuatan Yayasan kerana YTA sangat fleksibel dalam jenis aktiviti dan bantuan yang kami boleh berikan. Keperluan asas itu lebih penting dari sumbangan wang. YTA turut menganjurkan rumah terbuka dengan mengundang tiga rumah anak yatim bersua muka dengan keluarga kakitangan Fomema. Adalah penting untuk menggabungkan masyarakat dari latar belakang yang berbeza. Keadaan ini membolehkan kanak-kanak dua latar berbeza ini bergaul dan menghabiskan masa berkualiti bersama.”
Majlis Berbuka Puasa Di Lanchang, Pahang, adalah acara tahunan yang penuh bermakna. Tempat ini istimewa bagi Tengku Shaheera sekeluarga kerana Almarhum ayahanda berasal dari Pahang. “Suatu hari Almarhum ayahanda memandu balik Kuala Lumpur dari Kuantan dan kami singgah solat. Beliau kemudiannya membangunkan kawasan tersebut dengan membina masjid yang dinamakan sempena bondanya. Masjid tersebut kini dipanggil Masjid Al Azam. Saya juga rapat dengan nenda. Telah sepuluh tahun berlalu, pasti kami teringatkan mereka berdua. Setiap tahun kami menjemput semua komuniti dan seramai 700 orang menghadiri pada tahun ini. Ini termasuk pelajar dari sekolah tahfiz, mereka-mereka yang memerlukan berkeperluan khas dan juga warga emas. Acara ini menjadi tradisi dan sangat istimewa bagi saya dan adik beradik.”
Tengku Shaheera bersyukur, sehingga hari ini tiada cabaran besar mereka alami kecuali….
*Untuk baca lanjut serta lebih eksklusif lagi tentang kisah Tengku Shaheera, dapatkan naskhah terkini GLAM Malaysia isu Mei 2024 di pasaran.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
