Uniqlo Mengugut Untuk Keluar Daripada Amerika Syarikat

Semenjak Presiden Trump dilantik sebagai Presiden ke-45 Amerika Syarikat, beliau tidak segan untuk melancarkan agenda-agenda yang membuatkan kebanyakan rakyat Amerika bingung dengan keputusan beliau.
Oleh sebab itu, salah satu jenama kegemaran Amerika, Uniqlo, mengugut untuk menarik diri daripada pasaran Amerika Syarikat.
Presiden syarikat induk Uniqlo, Tadashi Yanai berkata kepada sebuah akhbar Jepun The Asahi Shimbun bahawa dia akan menarik keluar rangkaian Uniqlo keluar daripada Amerika jika dia perlu berbuat demikian.
Yanai memberik kenyatan tersebut apabila ditanya mengenai polisi terbaru Trump di mana dia mengalakkan pengeluar-pengeluar di Amerika menghasilkan produk mereka secara tempatan dan dia juga ingin mengenakan “cukai sempadan” kepada produk-produk yang diimport ke Amerika.
“Jika saya diberitahu untuk berbuat demikian, saya akan menarik diri daripada Amerika Syarikat,” nyata Yanai lagi.
Yanai seorang hartawan yang dilaporkan mempunyai kekayaan 5 kali ganda daripada Trump tidak dapat melihat sebarang kebaikan daripada agenda ini kepada Uniqlo dan juga kepada Amerika.
“Ia tidak memberikan sebarang manfaat kepada pengguna di U.S.. Sesiapa juga akan berfikir bahawa ini adalah situasi mustahil dan open-and-shut.”
Amerika hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada perniagaan Uniqlo di mana majoriti kedai-kedai Uniqlo terdapat di serata dunia (terutamanya Jepun dan China), Uniqlo hanya mempunya 51 buah kedai di Amerika.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
