Related Stories
Keghairahan dalam menghasilkan adi busana wanita telah mengorak langkah Syomir Izwa menjadi pereka tempatan kegemaran ramai. Namanya sering meniti bibir selebriti wanita tempatan kala mereka melangkah ke permaidani merah.
Perjalanan sebelum menjadi seorang pereka fesyen?
Tiada perbezaan semasa atau sebelum menjadi pereka. Seingat saya, waktu zaman kecil lagi minat terhadap fesyen sudahpun bercambah. Malah, perasaan ingin menjadi seorang pereka semakin membuak-buak apabila mendapat sokongan padu dari ibu yang sering meminta nasihat untuk padu padan gayanya apabila hendak bekerja. Selain itu, saya amat gemar melihat sesuatu yang cantik pada badan wanita. Lalu, bermulalah dunia fesyen saya hingga kini.
Impak atau harapan dalam arus fesyen di peringkat antarabangsa?
Ianya menjadi cita-cita saya untuk berjaya hingga ke peringkat antarabangsa. Tidak mahu cepat melatah, biarlah rekaan dan jenama saya selesa di negara sendiri sehingga tahap keyakinan untuk berhijrah ke negara Eropah terlaksana.
Kekuatan maksima?
Dari segi rekaan dan proses memilih tema atau koleksi, saya amat peka akan pemilihan palet warna. Bagi saya, seorang pereka hendaklah mempunyai citarasa tersendiri kerana ianya lambang tahap penguasaan fesyen anda. Bagi jenama saya, kebanyakan campuran warna adalah berbeza daripada orang lain, senang cerita warna yang jarang digunakan. Warna juga lambang kecantikan seseorang wanita.
Syomir Izwa dalam masa 10 tahun?
Sudah tentu ingin menapak ibarat butik mewah seperti rumah fesyen Gucci atau Louis Vuitton yang berdiri secara megah dan saksama. Sebuah butik yang mampu mengabungkan ke semua koleksi ready-to-wear termasuklah aksesori. Selain itu, jenama saya mungkin sudah ada himpunan untuk lelaki.
Tips sebagai seorang pereka berjaya?
Sebagai seorang pereka fesyen, anda haruslah berfikiran luas, sentiasa mencipta kelainan. Yang paling penting tidak menciplak idea orang lain.
Ikon Fesyen?
Peragawati Naomi Campbell pilihan utama saya. Melalui dia, saya mengenali hampir keseluruhan jenama mewah terkemuka dunia seperti Donna Karan, Versace. Selain itu, bagi pereka antarabangsa kegemaran saya ialah Carolina Herrera dan Valentino Garavani.
Perkembangan terbaru?
Sekarang ini tengah sibuk menyiapkan 32 pasang busana untuk diperagakan di pentas peragaan minggu fesyen Kuala Lumpur. Selain itu, bagi koleksi raya 2014 akan bekerjasama dengan gedung Zalora.
[soliloquy id="49916"]
[soliloquy slug="syomir-izwa"]
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

