Terokai Pop-up Girang Kate Spade New York Fall 2024 Di The Exchange TRX
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioKate Spade New York mengadakan pop-up di The Exchange TRX bersempena dengan koleksi musim luruh yang membawa mesej kegirangan.
Di tengah ruang utama The Exchange TRX bertukar dengan nuansa hijau yang cukup menyegarkan. Kerana Kate Spade New York telah melandas di sini dengan membawa karakter girang mereka. Ia adalah pop-up bagi meraikan koleksi musim luruh 2024 dan disertakan juga bintang utama mereka yakni himpunan beg Spade Flower Jacquard. Pop-up yang sarat dengan aktiviti interaktif bakal mampu memenuhi kehendak komuniti yang mahu terus meraikan nuansa kegirangan.
Pop-up yang telah dibuka kepada umum bermula hari ini sehingga 15 September ini mempunyai pengalaman yang unik. Masuk sahaja, anda bakal disambut dengan himpunan beg yang diserikan dengan motif Spade Flower. Istimewa hanya di pop-up Kate Spade New York ada sebuah beg rona hitam bercorak Spade Flower Jacquard multi.
GLAM terpersona dengan pepapan flap yang dipenuhi dengan kata-kata positif. Tekan sahaja butang pada bingkai, dan pelbagai perkataan akan muncul untuk menggambarkan makna kegirangan. Pepapan flap di pop-up Kate Spade New York berona hijau ini juga menjadi tarikan utama kepada tetamu untuk merakam gambar terbaikmu!

Selain permainan ini, tetamu juga boleh mereka rantai charms mereka dengan setiap pembelian. Be creative dengan rantai dan gantungkan pada telefon bimbitmu! Buat kenang-kenangan, ada photobooth yang bersama lensa fish-eye yang berbingkaikan corak Spade Flower Jacquard.
Akhir sekali, jangan lupa dapatkan aiskrim secara percuma di ice-cream cart apabila sudah menjawab segala soalan melalui link QR. Ada juga meja berama bangku-bangku tersedia buat tetamu menikmati aiskrim khas bersempena dengan pop-up Kate Spade New York ini.
Artikel Berkaitan: Butik Terbaru Kate Spade Berkonsepkan “Great Escape” Di TRX
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.







