fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Koleksi Selamat Tinggal Untuk Chloé di Paris Fashion Week
Magis Jauhari Cartier Magicien di Tokyo
Kebebasan Wanita Dengan Estetik Intrinsik Giuseppe Zanotti
10 Tas Tangan Baru Gaya Parti Akhir Tahun! #GLAMWISHLIST
Rizalman Ibrahim: Pereka Adi Busana Malaysia
Home > Fesyen > Fashion Item Yang Anda Perlu Ada Pada Musim Luruh 2022

Fashion Item Yang Anda Perlu Ada Pada Musim Luruh 2022

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kembali ke sekolah, kembali ke pejabat adalah stail yang menjadi pilihan apabila setiap kali tibanya September.

Sandal, pakaian pantai, dan sisa percutian musim panas yang lain telah hilang, digantikan dengan pakaian baharu yang lebih disesuaikan dengan dunia kerja dan pengajian. Pakaian, aksesori, warna, cetakan juga berubah pada bulan ini. Mari kita mengulas semula trend utama musim luruh yang anda perlu ada pada tahun 2022 ini!

1. Micro-skirt

Trend micro-skirt sudah bermula daripada musim bunga yang lalu, dengan koleksi Miu Miu yang mula mengembalikan stail Y2K ini yang telah diperkemas kini. Ia mendapat sambutan sepanjang musim panas dan kini pula berada di puncak populariti untuk musim luruh. Tiada perdebatan tentang panjang skirt untuk trend musim ini. Label Courrèges, Supriya Lele dan Diesel hadir dengan rekaan mikro-skirt belt, dan sudah tentu Miu Miu, semuanya sangat pendek. Bukan sekadar menjadikan skirt mini sebagai trend musim bunga dan musim panas, malah rumah fesyen Itali itu juga telah menjadikan ia sebahagian trend penting untuk musim luruh. Kali ini, dalam rekaan versi sporty. Potongan lurus, berlipat (pleated), berwarna, berlabuci, dan skirt mikro ini merupakan ruji untuk Britney Spears dan Christina Aguilera 20 tahun lalu, dan ia akan menjadi hiasan utama almari pakaian anda pula sehingga musim bunga akan datang.

https://www.instagram.com/p/CgPrpKrLq1R/

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse