fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Taruhan Terkini ECCO, Sentuhan Natacha Ramsay-Levi untuk Gaya Lebih Segar
Dari Loewe Ke Dior: Jonathan Anderson Mulakan Pengembaraan Baru
Angelina Jolie Memukau Sepanjang Rangka Promosi Maleficent 2
Syomir Izwa Debut Jenama Syomirizwa Gupta di Minggu Fesyen Kuala Lumpur
Fizi Woo Cruise 2015/2016
Home > Fesyen > Kebebasan Wanita Dengan Estetik Intrinsik Giuseppe Zanotti

Kebebasan Wanita Dengan Estetik Intrinsik Giuseppe Zanotti

Giuseppe Zanotti sering dikenali dengan estetik signaturnya yakni suntikan eksentrik, berani, dan pada masa yang mewah.

 

Untuk koleksi musim luruh/sejuk 2018 mereka, setiap ceraian diberi nafas dan interpretasi baru yang mengangkat lagi kaliber Giuseppe Zanotti sebagai sebuah jenama yang gemar melanggar peraturan fesyen untuk memberikan kebebasan kepada setiap wanita Zanotti.

 
[envira-gallery id=”81970″]

Dengan rekaan yang lebih transversal, rumah fesyen ini memberikan karakter kepada setiap ceraian sekaligus menampilkan keseimbangan yang baru buat koleksi ini dengan pendekatan yang berani dan megah. Menggabungkan elemen kristal, gelas plexi dan perincian bulu pelepah kepada sandal suede menggamit rasa drama dan mewah. Kulit nappa dengan regangan lembut pula ibarat lapisan kulit kedua yang selesa ditambah pula dengan tumit ice cube untuk gaya menawan.

 
[soliloquy id=”81971″]

Giuseppe Zanotti benar-benar memecahkan sempadan yang menghalang mereka daripada mengecapi kebebasan melalui rekaan mereka yang serba boleh nan glamor.

 

 

Jika rekaan-rekaan ini menarik minat anda, koleksi ini kini boleh didapati di Lot 2.31, Level 2, Pavilion Kuala Lumpur (Tel: 03-2142 5757).