Oleh: Aizat Aidid
Brands to know now! Barisan label ini masih baru di dalam arena fesyen lokal dan membawa revolusi stail gaya yang nyata berbeza. Ini adalah pilihan GLAM!
[soliloquy id="43715"]
Gambar: Thaviax
Thaviax
Dilancarkan pada tahun lalu oleh Tengku Chanela Jamidah bersama Angie Lai Tay dan koleksi debut Thaviax (sempena nama anak perempuan mereka Thalia dan Olivia) memberikan pilihan lebih moden kepada wanita Kuala Lumpur. Helaian berpaksikan kepada wanita yang punya semangat tersendiri baik di rumah mahupun di lapangan kerja masing-masing. Sentuhan kontemporari pada rekaan Thaviax menjadi pilihan selebriti seperti Scha Alyahya dan Fatiya latiff.
[soliloquy id="43691"]
Gambar: Moto Guo
Moto Guo
Tahun lalu mungkin milik Moto Guo dek kerana jenama yang baru berusia setahun jagung itu meniti setiap bibir kelompok fesyen Kuala Lumpur. Moto Guo adalah graduan kolej Raffles yang turut melahirkan Jonathan Liang dan Tengku Syahmi. Rekaan Guo cukup mencabar paksi fesyen Kuala Lumpur sekarang dengan ceraian yang unconventional serta dia bijak dalam mencabar siluet baru untuk dicuba. Transformasi gaya yang dicabar oleh Moto Guo nyata menjerit rasa moden yang eklektik.
ARTIKEL BERKAITAN MOTO GUO TERCALON PERINGKAT SEPARUH AKHIR LVMH PRIZE
[soliloquy id=”43708″]
Gambar: JN by Jiuan Ng
JN by Jiuan Ng
Memegang ijazah sarjana di dalam kejuruteraan komputer tidak menghalang Shuh Jiuan Ng untuk menceburkan diri dalam dunia fesyen kerana itu adalah cintanya sejak kecil. Lalu, dia terbang ke New York dan mendapatkan ilmu daripada Parsons The New School for Design. Cuma tahun lalu barulah dia melancarkan jenamanya sendiri JN by Jiuan Ng yang berpaksikan pada gaya yang tidak lapuk dek zaman. Jiuan Ng menggabungkan cita rasa kontemporari dengan siluet klasik yang digubah lebih segar.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
