fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Gemerlapan Kosmik Musim Salju
LIVE STREAMING : Louis Vuitton Fall/Winter 2020
Cha Eun-Woo Segak Dalam Kempen Calvin Klein Musim Luruh 2024
25 Selebriti Tampil Paling Stylish Di Malam #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024
Item Kesukaan Kami Dari Koleksi Musim Luruh/Dingin 2023 Burberry
Home > Fesyen > Berita > Victoria’s Secret Fashion Show 2019 Dibatalkan?

Victoria’s Secret Fashion Show 2019 Dibatalkan?

No more Victoria’s Secret Fashion Show this year? Ya, itulah kemungkinan yang harus diterima buat peminat tegar pertunjukan fesyen ini di mana salah seorang model untuk Victoria’s Secret, Shanina Shaik mengeluarkan kenyataan mengejutkan baru-baru ini. Ini merujuk kepada kenyataan Shanina kepada Daily Telegraph bahawa pertunjukan fesyen terbesar itu tidak akan berlaku sama sekali untuk, tetapi apa saja boleh berlaku di masa hadapan.

Shanina Shaik

“Unfortunately the Victoria’s Secret show won’t be happening this year,” jelas Shanina yang mengatakan dirinya agak kekok kerana kebiasaannya pada waktu sekarang dirinya sedang mempersiapkan diri untuk pertunjukkan itu. Shanina yang sudah lima kali berjalan di atas pentas peragaan terbesar itu terakhir kali muncul pada tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya, iaitu 2011, 2012, 2014 dan 2015.

Menurut The New York Times, keputusan untuk tidak mengajurkan dan menayangkan pertunjukan fesyen kontroversial itu di televisyen adalah dek kerana sebelum ini berdepan kritikan terhadap tuduhan pengambilalihan budaya selepas hampir dua dekad mungkin disebabkan oleh jumlah penonton yang semakin merosot. Bayangkan, jumlah penonton untuk pertunjukan yang terakhir hanyalah 3.3 juta, berbanding 9.7 juta pada tahun 2013.

Pada bulan November 2018, syarikat pakaian dalam tersebut turut menghadapi kecaman selepas ketua pegawai pemasaran jenamanya,  Ed Razek membuat komen berkaitan kontroversi kekurangan model transgender dalam pertunjukkan fesyen tersebut.

Sehingga kini, pihak Victoria’s Secret masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi. Just wait and see!