Millennial It-Girl: Veens, Deeecupps

Gadis fesyen pilihan GLAM kali ini merupakan seorang yang bukan sahaja cantik dan menawan, beliau juga mempunyai latar belakang yang mengagumkan dalam perihal fesyen. Dilahirkan sebagai Tan Veen Dee, Veens baru sahaja berusia 28 tahun, tetapi repertoire beliau amat disegani ramai, terutamanya bagi golongan millennials! Mana tidaknya, gadis dari negeri Darul Aman ini merupakan Ketua Bahagian Pemasaran buat FashionValet, salah sebuah syarikat kebanggaan Malaysia! Sekali imbas akan laman Instagramnya, Veens is really living the good life — filled with admirable OOTDs, envious travelogues and an abundance of memories as a fashion girl!
Usah bilang jelitawan ini calang-calang si cantik — graduan University of Newcastle ini juga gemar bersukan ski setiap kali beliau kelapangan masa! Tatkala beliau sibuk menjalankan tugas-tugasnya sebagai orang penting FashionValet, kami berkesempatan meluangkan sedikit masa bersama Veens.
Kenali pemilik akaun Instagram @Deeecupps ini bersama GLAM!

1. Bagaimana rutin harian anda?
Saya akan capai ke telefon sejurus terjaga dan menyemak jadual harian yang dihantar pembantu peribadi saya. Kemudian, saya akan memasangkan pembesar suara lalu memainkan “Discover Weekly” di Spotify saya. Lazimnya, saya akan menghadiri 3-4 mesyuarat setiap hari. Itu pun secara minima! — mostly on approving moodboards, partnerships and budgets.
Saya kurang gemar terus pulang ke rumah selepas kerja, jadi saya akan keluar bermakan malam bersama teman-teman sebelum kembali. Jika saya mempunyai kelapangan masa, saya akan merendamkan diri di tab mandi selaman lebih kurang setengah jam, sebelum ke kamar tidur.
2. Pembelian yang anda paling menyesal?
Sebuah kes iPhone kalis peluru, yang pecah apabila telefon saya terjatuh!

3. Di mana kamu lihat diri anda dalam jangka 10 tahun?
Harapnya, saya akan menjadi seorang yang boleh saya berasa bangga akan. Realistically, I want to be one of the driving force that pushes the maturity of the fashion e-commerce industry in Malaysia.
4. Apakah fesyen signatur atau stail peribadi anda?
Relatable. Saya tidak pernah dan tidak akan menjadi seorang yang suka mencuba akan stail-stail baharu, the experimental type, you know? Secara ringkasnya, I am a two-piece, high-waisted kinda girl.

5. Apakah erti “cinta” bagi anda?
We lose ourselves in the things we love, but we often find ourselves there too. Cinta merupakan suatu kebiasaan, yang tidak ada seorang pun mampu menjalani kehidupan tanpanya, no matter if its good or bad.
6. Holy Grail makeup item?
Eyeliner dari Shu Umera, yang boleh diisi semula!

7. Satu trend fesyen yang patut lenyap?
Pad bahu. I mean, come on…
8. Nasihat paling bernilai?
“Not everyone likes you, but not everyone matters. Life is too short to please everyone.”

9. Any guilty pleasures?
Saya gemar… menonton… drama Korea.
10. Jika anda boleh bertukar wardrobe dengan seseorang, real atau fiksyen, siapakah ia?
Olivia Palermo, atau Yoyokulala!

Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
