fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kempen 2021 Gucci Gift, Melangkah ke Lembaran Baru
Urban & Sporty, Fokus Utama Pra-Luruh 2022 Louis Vuitton
5 Busana Rekaan Rizman Ruzaini Menjadi Sorotan Fesyen Antarabangsa
Ceritera Raya Alia Bastamam
Metamorfosis Bulgari Dengan Koleksi Arloji SERPENTI
Home > Fesyen > Hari Perkahwinan Rakan, Mary-Kate & Ashley Curi Perhatian

Hari Perkahwinan Rakan, Mary-Kate & Ashley Curi Perhatian

 

Walaupun mereka bukan spotlight utama buat detik bersejarah rakan mereka, Mary-Kate dan Ashley Olsen masih mencuri perhatian lensa-lensa kamera — pasangan kembar ini tetap kelihatan bergaya sebagai bridesmaid!

 

Pada penghujung minggu lepas, ikon-ikon scene fesyen antarabangsa ini menjadi salah satu bridesmaid buat hari perkahwinan Cassie Coane. Namun, its’s safe to say pengantin perempuan “tenggelam” di samping gaya tres chic pereka-pereka fesyen jenama Elizabeth and James itu!

 

Mengikut sebuah foto yang dimuat naik oleh seorang lagi pengiring pengantin perempuan, si ratu sehari itu tidak memaksa kesemua 18 bridesmaid untuk menggayakan look sama seperti di majlis perkahwinan lain, dengan satu syarat: wear floral.

 

Seperti yang lazimnya, pasangan kembar ikonik ini tidak melepaskan peluang untuk membuat statement fesyen buat acara yang dilangsungkan di Hudson Valley, New York itu.

 

https://www.instagram.com/p/BW3gg0KgXvr/?taken-by=kylemilleryoga

 

Mary-Kate mengenakan gaya peribadi yang menjadi signatur beliau — dress oversized ala kimono berona emas. Dandanan rambut ringkas serta sepatu hijau zamrud melengkapkan stail menarik itu. Ashley pula mengambil pendekatan yang berbeza, yakni dress maxi hitam berlengan panjang di samping dandanan natural bersahaja buat mahkotanya.