Gaya Solekan Menawan Daripada Pentas Peragaan Milan Fashion Week
Milan, sebuah bandar yang vibrant dek kepelbagaian daya tarikan dan budaya mereka juga boleh dilihat dalam rekaan pakaian sepanjang Milan Fashion Week dan juga solekan yang dikenakan untuk setiap model. Milan sebagai salah satu kota fesyen yang diraikan oleh industri fesyen baru sahaja melabuhkan tirai Milan Fashion Week dan GLAM sudah pun memberikan senaraik looks yang menarik perhatian kami daripada semua koleksi yang telah dipertontonkan. Kali ini GLAM memilih solekan pentas peragaan yang menawan anda semua patut cuba dalam kehidupan seharian anda mahupun hanya untuk acara-acara tertentu sahaja.

Foto IMAXTree
See Also
Setiap model di pertunjukan Cristiano Burani dikenakan solekan yang amat mudah namun diberikan sedikit penambahan perincian yang dilukiskan pada bahagian kelopak mata mahupun di bawah mata mereka.
