Ahli Panel
Dek cintanya terhadap hasil seni para artisan seluruh dunia, dia kini menjadi salah seorang ahli panel pertubuhan FIT Couture Council serta Casita Maria. Pernah melanjutkan pengajian di Lycee Francais de New York, Sprence School berterusan hingga ke Aiglon College di Switzerland dan Universiti New York semuanya dalam program arca seni bina.Bukan itu sahaja, keghairahannya dalam menata gaya, sifat dermawannya turut terserlah.
Victor de Souza
Lenggok Michelle Harper meruntun hati pereka inovatif Victor de Souza apabila kehadiran dia dalam industri fesyen nyata memberi suatu tranksaksi berbeza untuk menyunting dia sebagai wajah jenama ini sendiri. Jelas Victor, “Keberanian Harper seperti bintang dulu kala iaitu Louise Brooks nyata mengalahkan selebriti moden masa kini seperti Rihanna.”
Jutawan Kosmetik
Bukan sahaja memiliki idea luar biasa dalam setiap persalinan uniknya bahkan dia layak bergelar role model. Kejayaan Michelle dalam mengatur langkah perniagaannya hingga memiliki empayar kosmetik iaitu CB LLC menunjukkan betapa cekal untuk dia terus menapak dalam bidang serba mewah ini. Sebelum itu, dia pernah berkhidmat di MoMA, Malborough Gallery, MUSE Film and Television dan di Martha Stewart Living.

The New Muse
Wanita kelahiran Manhattan dan Barranquilla, Colombia mula mendapat perhatian dalam kalangan golongan sosialit mahupun di setiap fesyen parti. Berasal daripada keluarga yang berpendidikan tinggi, berjiwa seni serta mempunyai empayar tersendiri dalam bidang perbankan sudah mampu melabelkan dirinya sebagai jutawan baru. Namun gesanya, “Saya bukan sosialit yang anda fikirkan, bekerja keras mencari wang untuk memiliki persalinan yang diidamkan.”
Modish Figura
Penampilan avant-garde bersama seleksi pilihan aksesori eksentrik Michell Harper melayakkan dirinya berada bersama-sama golongan A-list serta menempah tiket atas namanya di barisan hadapan setiap minggu fesyen. Geroboknya kini dipenuhi dengan persalinan vintaj di samping memiliki deretan gaun kembang lambang gaya ekstrem estetik ciptaannya. Sepatu Christian Louboutin atau stiletto Saint Laurent sentiasa menemaninya.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

