Keunggulan Neo-Santara Kini Menguasai Pentas Fesyen Global
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioNeo-santara muses kini menjadi wajah yang membentuk hala tuju fesyen asean sebagai kuasa estetika baharu di pentas fesyen global hari ini.
Jika sepuluh tahun lalu barisan hadapan di Paris mahu pun Milan terasa jauh daripada jangkauan naratif tempatan, hari ini landskap fesyen telah berubah secara radikal. Kita kini berada dalam era Neo-Santara, satu fasa di mana Asia Tenggara tidak lagi sekadar menjadi pasaran pengguna, tetapi muncul sebagai pusat graviti yang menentukan hala tuju estetika global. Perubahan ini menandakan satu anjakan paradigma, di mana dunia fesyen mewah kini secara rasminya ‘tunduk’ kepada pesona dan pengaruh luar biasa dari rantau ini.

Bright Vachirawit di pertunjukan Burberry Summer 2026
Pengaruh Wajah Neo-Santara, Kini Mendominasi Dunia Fesyen
Dominasi ini dipacu hebat oleh gelombang ‘T-Wave’ yang menyaksikan bintang-bintang dari Thailand menerajui kontrak-kontrak mega bersama jenama fesyen terkemuka. Bermula sebagai idola skrin yang mencetuskan fenomena budaya pop, mereka kini dengan pantas berevolusi menjadi titan fesyen antarabangsa. Pelantikan menjadi duta global buat rumah-rumah fesyen seperti Bright Vachirawit buat Burberry, Davika Hoorne untuk Gucci atau Win Mewatin buat Prada dan Tiffany & Co., yang mana meruntuhkan tembok normaliti tradisional dan telah meletakkan mereka sebagai figura yang membentuk standard baharu muse moden di pentas dunia sekarang.
Pengaruh Thailand terus mekar dengan transformasi landskap ini yang diteruskan lagi menerusi langkah berani Lalisa Manobal, salah seorang ahli Blackpink yang menyertai keluarga Louis Vuitton. Ia ternyata sebuah kolaborasi yang memberikan perspektif baharu terhadap hierarki fesyen tinggi dunia. Sejarah turut tercipta dengan Freen Sarocha yang diangkat sebagai bintang wanita Thailand pertama yang dipilih menjadi duta global buat Valentino, begitu juga dengan Becky Armstrong buat rumah fesyen mewah Chanel. Ia adalah satu pengakuan besar bahawa industri fesyen kini mengiktiraf salah sebuah negara ASEAN ini sebagai antara paksi pengaruh kreatif yang semakin signifikan.

Dinamisme Neo-Santara ini turut diperkasa oleh profil yang memiliki kredibiliti tinggi seperti Tan Sri Dato’ Seri Michelle Yeoh. Pelantikannya sebagai duta global Balenciaga membuktikan bahawa pengaruh Asia Tenggara mempunyai kedalaman yang melangkaui trend media sosial. Michelle Yeoh membawa satu bentuk keanggunan intelektual yang sangat dihargai oleh jenama avant-garde, lantas sekaligus mengangkat martabat wanita ASEAN di persada antarabangsa sebagai ikon yang versatil, matang, dan abadi.

Dalam ekosistem fesyen hari ini, kepentingan barisan hadapan kini diukur menerusi Media Impact Value (MIV), mata wang digital yang menentukan kejayaan sesebuah jenama di mata dunia. Di sinilah ‘Ratu Fashion Week’ memainkan peranan krusial sebagai magnet publisiti. Figura seperti Heart Evangelista dari Filipina sering kali mengungguli carta MIV global menerusi kehadirannya yang ikonik di pentas peragaan seperti Fendi, Schiaparelli dan banyak lagi. Manakala kehadiran Ameera Khan di pertunjukan termasuk Dior, Miu Miu, Giorgio Armani dan banyak lagi pula membuktikan bahawa personaliti dari Malaysia turut mampu bersaing secara kompetitif sebagai wajah ‘IT-Girl’ Nusantara yang memiliki daya tarikan komersial, ternyata seiring di peringkat global.

Apa yang menjadikan fenomena Neo-Santara ini luar biasa sebenar-benarnya adalah sinergi dan pengaruh hebat yang dibawa oleh barisan muses ini. Mereka hadir dengan keyakinan diri yang tinggi, membawa identiti unik Nusantara ke dalam arus perdana. Tanpa perlu mengikut telunjuk gaya Barat sepenuhnya. Jenama mewah kini menyedari bahawa mereka ini adalah seperti aset yang sedang melukis di peta fesyen dunia. Tuntasnya, suara dan gaya dari Asia Tenggara kini adalah yang paling lantang kedengaran di industri fesyen global.
Artikel berkaitan: Ini Trend Fesyen 2026 To Look Forward
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
