Rosé BLACKPINK Tampil Anggun di Cannes Film Festival 2023
Rosé BLACKPINK kelihatan anggun melewati karpet merah menghadiri pelancaran filem Monster di Cannes Film Festival 2023 dalam busana mewah Saint Laurent.
Mengambil tempat di French Riviera, majlis penuh berprestij, Cannes Film Festival kembali menyinari tahun ini. Di antara selebriti-selebriti hebat yang hadir ke festival ini, kelihatan Rosé BLACKPINK turut membuat penampilan khasnya ke festival filem ini. Walaupun sedang melalui jadual kerja yang terlalu sibuk dek konsert jelajah dunia bersama ahli kumpulannya yang lain!
Baru sahaja membuat persembahan di Singapura, wanita ini langsung berangkat ke Perancis dan hanya diketahui umum apabila Rosé memuat naik gambar di Instastory sebagai petunjuk dia bakal menghadiri Cannes Film Festival 2023. Ini adalah merupakan kali pertama untuk wanita ini menyertai festival filem berprestij. Semestinya, ramai yang teruja menantikan ketibaan Rosé di karpet merah.

Sudah tentu dia menyarung busana Saint Laurent. Mengenakan gaun leret sutera rona hitam dengan pautan kain di leher, ruffles meliputi separuh tubuhnya bersama suntikan sensual dengan mainan kain mesh di bahagian bawah dècolletage nya. Untuk melengkapkan lagi look glamornya, Rosé memadu sepatu tumit tinggi juga aksesori anting-anting dengan tatahan berlian dan batu nilam.
Bercakap tentang pemilihan solekannya, sama seperti wanita-wanita Asia lain yang gemarkan pantulan seri pada wajah mereka, begitu juga dengan solekan di wajah Rosé. Memilih untuk memfokuskan pada solekan mata sahaja. Masih simple namun ada calitan kemilau menghiasi kelopak matanya. Manakala pada gaya rambutnya pula, kami cukup gemarkan dengan penampilan mini bangs atau anak rambut yang melitupi dahinya. Dan seluruh rambutnya yang lain, diikat sangul rendah untuk melengkapkan lagi look glamor dan klasik wanita ini.
Pautan Berkaitan: ROSÉ Kini Duta Global Sulwhasoo
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
