5 Jenama Aksesori Lokal Pilihan GLAM
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioTidak dapat disangkal lagi, jenama aksesori lokal Malaysia telah mencipta nama dan kesan yang berkekalan di peringkat global sehingga kini.
Perkara yang benar-benar GLAM gemari tentang label tempatan ialah kegigihan mereka dalam menyampaikan craftsmanship yang luar biasa, keunikan desain yang timeless dan jaminan kualiti serta mutu sesuatu produk. Sama seperti jenama aksesori ini, yang telah berjaya mengubah persepsi kami terhadap fesyen buatan tempatan, menetapkan standard baharu dan mentakrifkan semula maksud menjadi jenama berasaskan Malaysia.
Ini 5 Jenama Aksesori Lokal Pilihan GLAM
1. Wanderlust + Co

Pengasas Jenn Low melancarkan Wanderlust + Co pada 2010 sebagai jenama barang kemas D2C (direct-to-customer). Jenn Low mendapat inspirasi untuk mencipta Wanderlust + Co selepas mengenal pasti jurang dalam pasaran untuk jenama berpengalaman yang memberikan reka bentuk, desain yang menarik dan berkualiti pada titik harga yang berpatutan.
Wanderlust + Co diperbuat daripada recycled brass, stainless steel dan sterling silver bases, yang semuanya disalut dengan emas 14 – 18K atau rhodium. Ia dihasilkan dengan e-coating untuk lebih kilauan dan ketahanan. Pendek kata, Wanderlust + Co menjamin kualiti hypoallergenic dan lasting in wear.
2. Gung Jewellery

Yinn Ooi mengasaskan jenama Gung Jewellery pada 2017 dengan semangat untuk mencipta barang kemas yang boleh mewakili keperibadian. Latar belakang seni bina dalamannya memberi pemahaman yang mendalam tentang bentuk dan struktur yang kini beliau sebatikan ke dalam desain.
Koleksi Gung Jewellery hanya dihasilkan daripada bahan berkualiti premium seperti stainless steel dan brass. Ia bebas daripada nickel dan lead dan menjadikan semua koleksinya skin-friendly dan hypoallergenic.
3. Minimalist Lab

Minimalist Lab diasaskan dengan misi untuk meraikan individu wanita melalui sentimen dan cerita yang boleh disampaikan oleh barang kemas berkualiti. Nicole Chia, Pengasas Bersama, percaya bahawa barang kemas yang direka dengan butiran paling ringkas mampu membawa kegembiraan yang mendalam dan berpanjangan dalam kehidupan dengan menandakan detik yang bermakna.
Moments Collection daripada Minimalist Lab yang kebanyakannya terdiri daripada 925 sterling silver bukan sahaja berkekalan dalam kualiti, juga baik untuk kulit anda untuk memastikan ia menemani anda sepanjang hayat.
4. Psyndrome

Demi-fine jewellery psyndrome menggunakan bahan berkualiti tinggi. Bagi Psyndrome, aksesori adalah lebih daripada sekadar objek tidak bernyawa. Kerana ia sepatutnya mempunyai cerita yang dibuat khas untuk pemakai. Inilah nilai sebenar aksesori yang mereka personalise. Desain yang mereka hasilkan sesuai sebagai aksesori harian dan sudah tentu mampu spice up your whole look!
5. Luna Jewelry

Terbaru dalam label aksesori Malaysia, memperkenalkan Luna Jewelry, perniagaan terbaru dalam keluarga Neelofa iaitu NH Group. Antara matlamat penting buat Luna Jewelry untuk membawakan anda aksesori yang bergaya dan boleh disesuaikan dengan pelbagai penampilan.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
