Bukan hanya suara sahaja yang bisa meluahkan kata-kata protes, tetapi baju-T juga mampu menyampaikan mesej yang hendak disampaikan. Kini baju-T berslogan memberikan impak besar dalam dunia fesyen dengan tulisan yang memberi kontroversi hangat. Alternatif ini bukanlah sesuatu yang baru kerana ia sudah dipraktikkan sejak dekad 80-an lagi.
Teks: Aizat Aidid

Katahrine Hamnett
1. Katharine Hamnett, pereka fesyen asal United Kingdom menjadi orang penting dalam mencipta revolusi baju dengan tulisan slogan. Baju-baju berslogan ciptaan Hamnett disarungkan oleh selebriti seperti George Michael daripada kumpulan Wham yang memilih untuk memakai baju berslogan “Choose Life”. Supermodel, Naomi Campbell pula pernah menyarung baju berslogan “Use A Condom”.
2. Baju berslogan juga dilihat sebagai medium provokasi semasa kerana tanpa suara ia masih dapat disampaikan pada orang ramai. Melihat pada situasi kes jenama FCUK yang cukup popular pada era 90-an dengan slogan semasa mereka mengembalikan semula trend ini dengan slogan baru seperti “FCUK your selfie” dan “Chill the FCUK out”.
3. Trend ini bukan sahaja hangat di pentas fesyen malah turut dipraktikkan ahli politik. Antara yang mencipta momen penting adalah apabila Caroline Lucas menyarungkan baju berslogan “No more page Three” untuk menyuarakan tentang seksisme dalam media.
4. Pentas Gucci koleksi musim luruh yang menggabungkan himpunan buat lelaki dan wanita turut mempunyai ceraian baju yang dihiasi dengan slogan. Alessandro Michele memilih kata pujangga Coco Capitan “Common sense is not so common” dan “Tomorrow is now yesterday” menjadi DNA buat Michele di Gucci.

Gucci Musim Luruh 2017
Buat sambutan ke-10 House of Holland mempersembahkan koleksi baju berslogan.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

