Legasi Timeless Roger Vivier Memartabatkan Jiwa Wanita Moden

Indah Jonasson (kiri) mengenakan tas Viv’ Cabas Shirting Mini (RM12,786) dan Podium Chipslette West Sandals T.50 (RM4,750)
Raja Jesrina mengenakan Chipslette West Sandals T.10 (RM4,500)
Mempersembahkan koleksi musim bunga/panas 2018 sewaktu Minggu Fesyen Paris tahun lalu, Roger Vivier sekali lagi membuktikan kenapa mereka antara peneraju sepatu wanita yang disegani. Memahami kehendak wanita sejak tahun 1930, Roger Vivier meneruskan legasinya dalam mengangkat martabat wanita melalui rekaannya. Dengan koleksi musim bunga/panas 2018 ini, Pengarah Kreatif Roger Vivier memastikan mereka yang menghadiri acara istimewa itu berpeluang untuk menjiwai semangat yang diterapkan ke dalam setiap ceraian.
Rekaan Roger Vivier melambangkan sifat feminin seorang wanita dan pada masa sama kekuatan yang ada pada wanita RV yang dizahirkan melalui sepatu ikonik mereka yakni kasut tumit Choc mereka. Koleksi yang sarat dengan rekaan moden ini juga bermain dengan rona-rona terang sebagai visi segar untuk mengikut peredaran masa dan juga evolusi wanita.
Mewakili wanita-wanita berkarisma dalam era moden ini, GLAM menjemput dua usahawan wanita berjaya Raja Jesrina Arshad, pengasas PurelyB, dan Indah Jonasson dengan Kids Lounge Sdn Bhd sebagai wanita zaman moden yang menjiwai semangat wanita Roger Vivier.

Tas Viv’ Cabas (RM15,000) dan Vertigo Pumps (RM 4,500)
GLAM: Petikan “A dress is carried by the woman, but the shoe carries a woman,” bermain dengan jelas sewaktu persembahan mereka tahun lalu. Apakah pendapat anda mengenai petikan ini sebagai seorang wanita?
Raja Jesrina (RJ): Saya percaya kita semua membawa identiti kita sendiri menerusi apa yang kita pakai. Sebagai wanita yang kuat dan berdikari sudah tentu apa sahaja yang kita pakai melambangkan siapa diri kita. Saya sering menghadiri mesyuarat di luar negara dan sepatu yang dipilih haruslah sesuai dengan situasi saya pada masa itu. Justeru, dengan menyarungkan sepatu sesuai yang dapat melambangkan siapa diri anda, secara tidak langsung rasa yakin itu juga akan menyusul.
Indah Jonasson (IJ): Saya percaya apa sahaja yang anda pakai, anda harus melambangkan diri anda. Personaliti anda harus jelas melalui stail anda. Roger Vivier melambangkan wanita yang penuh kelas dan elegan dalam setiap langkah yang diambilnya.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
