Segalanya Tentang Pertunjukan Fesyen Cruise 2026 Louis Vuitton
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioLabel mewah Louis Vuitton mempersembahkan koleksi Cruise 2026, gaya pementasan yang mengambil tempat Istana Para Paus dan turut dihadiri oleh barisan A-listed selebriti terkenal.
Nicolas Ghesquière bukanlah sekadar pereka yang terikat kepada satu tema tunggal. Setiap kali beliau mempersembahkan koleksi di lokasi eksotik dan bersejarah, jarang sekali ia didorong oleh satu era, karakter atau naratif khusus. Sebaliknya, karya beliau sering hadir dengan lapisan makna dan sentuhan artistik yang bersifat naratif dan emosional yang disuntik ke dalam koleksi Cruise 2026 Louis Vuitton.

Kali ini, lembaran pentas fesyennya disusun di dalam halaman Palais des Papes, pentas hidup bagi ekspresi seni dan emosi semasa festival teater yang diraikan di bandar ini. Dihiasi kerusi altar berbalut baldu merah dan diterangi cahaya sinematik, suasana itu menggabungkan gema sejarah dengan keagungan teaterik, nyata penuh daya tarikan pesona.

Diiringi latar bunyi paduan suara gereja, tiupan tanduk Perancis dan kicauan burung, peragaan ini membuka tirai kepada sebuah himpunan yang menggabungkan elemen medieval dengan nuansa kontemporari. Bayangkan permaisuri yang memilih punk berbanding putera berkuda putih. Rona romantik hadir melalui ruffle, chiffon dan perincian sulaman, manakala butiran seperti bentuk kulit, garis geometri serta hiasan sulam kompleks pula diketengahkan.

Pengarah Kreatif jenama ini terus mengukir identitinya dengan menghadirkan himpunan koleksi dengan elemen gabungan unik namun masuk akal. Contohnya, jaket knitted putih yang dipadankan dengan skirt mini berstruktur, sepatu rata bertumit terbuka dengan perincian cermin retak mahupun blaus berjumbai dengan rona metalik dan bercelana pendek yang mencuri tumpuan. Tuntasnya, keseluruhan pertunjukan Cruise 2026 Louis Vuitton ternyata membawa mesej bahawa fesyen bukan sekadar tentang pakaian semata-mata, tetapi juga menjadi persembahan yang penuh makna dan menonjolkan seni artistiknya yang tersendiri.

Barisan Selebriti Yang Turut Hadir Buat Pementasan Cruise 2026 Louis Vuitton.
1. Urassaya Sperbund

2. Felix

3. Emma Stone

4. Hoyeon

5. Sophie Turner

6.Chloë Grace Moretz

7. Jaden Smith

8. Liu Yifei

9. Alicia Vikander

10. Shay Mitchell

Artikel Berkaitan: Louis Vuitton Lancar Kempen Terbaharu Sempena Koleksi Pre-Fall 2025
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
