By Invitation Only: Parti Fesyen Terhangat Sepanjang Minggu Fesyen New York
Minggu fesyen New York bukan sahaja memberi fokus kepada apa yang berlaku di atas pentas peragaan atau drama yang berlangsung di sebalik tirai. Kerana pestanya terus dirasi di parti-parti yang dianjurkan sepanjang Minggu Fesyen New York. GLAM berkongsi imej terhangat daripada parti terpenting di New York!
[soliloquy id="43661"]
Gambar: TPGVIP
Parti: V Magazine
Lokasi: Rainbow Room
Tetamu: Toni Garrn, Peter Marino, Carine Roitfeld dan Riccardo Tisci.
Menarik: Lady Gaga hadir di dalam persalinan Brandon Maxwell yang menampakkan tatu imej mendiang David Bowie. Penyanyi yang baru sahaja membuat persembahan di Grammy itu masing mengenakan rambut merah seakan mahu menghidupkan semula watak Ziggy Stardust. Di parti anjuran majalah V, Gaga menawarkan diri secara spontan untuk membuat persembahan dan khabarnya dia menyanyi hampir 30 minit. Antara lagu yang dipersembahkan adalah La Vie en Rose oleh Edith Piaf dan Call Me Irresponsible yang dipopularkan oleh Frank Sinatra.
[soliloquy id=”43678″]
Gambar: Lexie Moreland/WWD
Parti: Rodarte
Lokasi: Bar Berlin
Tetamu: Shala Monroque, Alexander Skarsgard, Kristen Dunst dan Tavi Gevinson.
Menarik: Parti yang dianjurkan oleh Laura dan Kate Mulleavy ini cukup privasi kerana mereka mahukan tetamu yang hadir adalah sahabat terdekat mereka. Sebagai detik menyambut ulang tahun ke-10 jenama ini, lalu mereka merasakan ia perlu diraikan oleh rakan karib. Kebanyakan yang hadir ke parti ini adalah sahabat sejak hari pertama mereka melancarkan Rodarte dan mereka semua kebanyakan berasal daripada Los Angeles. Parti berlarutan selepas sambutan hari jadi Kate Mulleavy dan DJ malam itu, Zach Cowie.
ARTIKEL BERKAITAN GAYA PILIHAN AIZAT AIDID DI MINGGU FESYEN NEW YORK
[soliloquy id="43666"]
Gambar: Sherly Rabbani & Josephine Solimene/W Magazine
Parti: Jeremy Scott
Lokasi: Flash Factory
Tetamu: Leigh Lezark, Ashley Smith, Adam Selman dan CL.
Menarik: Parti yang berlangsung di arena 10,000 kaki persegi itu mencipta kisah tersendiri apabila ramai orang beratur di luar dan berharap untuk berdansa bersama dengan tetamu jemputan Jeremy Scott. Flash Factory yang merupakan kelab baru di Chelsea baru sahaja dibuka bulan lalu menjadi lokasi pilihan Scott untuk menganjurkan after-party selepas usai mempersembahkan himpunan musim luruh 2016. Dia yang tiba selepas detik 12 malam berdansa dengan muzik mainan Leigh Lezark dan Mia Moretti.
[soliloquy id="43671"]
Gambar: Jenna Greene/WWD
Parti: Opening Ceremony
Lokasi: 88 Palace
Tetamu: Rosario Dawson, Atlanta de Cadenet, Charli XCX dan Dion Lee
Menarik: Mungkin dengan sempena sambutan hari Tahun Baru Cina, lalu pereka duo buat Opening Ceremony yakni Humberto Leon dan Carol Lim mengajak tetamu mereka untuk berpesta di restoran makanan cina. Lokasi yang berada di bawah Jambatan Manhattan ini menjadi saksi apabila pasangan duo itu memberikan persembahan tarian singa kepada para jemputan. Khabarnya lokasi ini menjadi tempat rahsia kepada mereka untuk mendapatkan makanan dim sum yang terbaik.
Artikel Berkaitan
Bila Fesyen Jadi Mesra Alam: 8 Jenama Baharu Curi ...
Trend Musim Luruh/Sejuk 2024 Yang Anda Perlu Tahu
Jennie BLACKPINK Tampil Tanpa Seluar di Pertunjuka...
Kembali Langsing, Adriana Lima Curi Perhatian di P...
Over-The-Knee Boots Pilihan Fesyen 2023
#NYFW-Michael Kors Bawakan Stail Glamor Urban Reso...
#NYFW: COACH Musim Bunga 2023-Kemunculan Duta Coac...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
