Loading media...

Unable to load content
Tampil Glamor & Seksi, Beginilah Gaya Terbaik Selebriti di Atas Red Carpet Baru-Baru Ini
10 Gaya Kostum Halloween Selebriti Paling Menarik 2024
Legasi 70 Tahun Dior Diabadikan di Perancis
Leopard Print Kembali! Rahsia Tampil Moden & Seksi Musim Luruh Ini
Barisan Selebriti Yang Membanjiri Front Row NYFW
Home > Fesyen > Dioriviera: Satu Kembara Yang Menakjubkan

Dioriviera: Satu Kembara Yang Menakjubkan

DIORIVIERA MENJANJIKAN SATU PENGALAMAN GAYA MUSIM PANAS YANG CUKUP INDAH DENGAN CETUSAN CORAK TOILE DE JOUY DAN PERCIKAN RONA POP YANG MENGAMBIL INSPIRASI DARIPADA HIMPUNAN MUSIM LURUH 2021.

DIORIVIERA

Bayangkan satu perjalan kembara musim panas yang cukup indah. Latar belakangnya adalah laut biru terbentang luas, langit juga cerah membasahi pasir putih dan bayu angin yang menyegarkan. Pengalaman inilah yang menjadi idaman ramai sekarang. Maria Grazia Chiuri mahu menyempurnakan pengalaman ini dengan melahirkan sekali lagi koleksi Dioriviera yang cukup kuat semangat musim panasnya. Kali ini, Dior lancar koleksi Dioriviera dengan mengungguli rona-rona pop, setanding dengan koleksi musim luruh 2021. Cetusan palet seperti hijau pucuk pisang atau merah raspberi menaikkan lagi seri gaya musim panas, bergandingan dengan sorakan warna semulajadi biru.

DIORIVIERA

Melalui koleksi Dioriviera musim panas ini, Dior memadukan corak-corak ikonik mereka dengan sensasi lebih feminin. Ceraian dan aksesori ditambah manis dengan grafik Toile de Jouy dan Dior Oblique. Grazia Chiuri bijak dalam menggabungkan dua corak dalam satu gaya, menampakkan stail yang lebih fun serta masih kemas. Taruhan beg hangat Dior seperti Dior Caro, Lady D-Lite dan Dior Book Tote melengkapi gaya musim panas dengan menggunakan corak dan pallet warna senada. Bukan sahaja pada barangan fesyen, Maria Grazia Chiuri juga melancarkan koleksi eksklusif Dior Maison yang mengabadikan corak ini pada kerusi malas, parasol dan objek hiasan rumah selari dengan tema percutian musim panas. Buat yang boleh bersukan papan luncur air, boleh dapatkan surfboard berlogo CHRISTIAN DIOR! 

YOUR SUMMER ESSENTIALS FROM DIORIVIERA

Pautan Berkenaan: Wardrobe 02: Apa Yang Perlu Add To Cart Now!