Related Stories
The Best Red Bag Buat Tahun Lunar 2021 Setakat Ini!
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioMerah adalah warna plaing penting dalam masyarakat Cina. Lebih-lebih lagi jika tiba sambutan Tahun Baru Cina, pastinya rona merah ini mendahului carta. Baik Cheongsam hingga ke aksesori lain. Mengapa rona ini menjadi satu kepercayaan yang penting? Membaca cerita klasik, ia semuanya bermula dengan Nian, seekor haiwan mistik berkepala singa dan berbadan lembu akan datang memusnahkan hasil tananam dan haiwan ternakan. Namun, binatang mistik ini takutkan tiga benda yakni api, bunyi bising dan rona merah. Terus Nian dapat dikalahkan. Lantas mulalah masyarakat Cina menyarungkan rona merah sebagai lambang tuah dan rezeki yang berpanjangan. Perihal rezeki pula, pastinya disimbolkan daripada beg. Ladies, inilah red bag yang perlu anda jinjit bagi sambutan Tahun Baru Cina 2021!
MULBERRY menaruhkan beg tote Portobello yang dihasilkan 100% daripada menggunakan material yang lestari. Perincian metal pada beg ini diperbuat daripada bahan besi yang dikitar semula. Menambah rasa sambutan Tahun Lunar 2021, cetakan pada beg terinspirasi daripada seni ikatan budaya Cina.

SAINT LAURENT memberikan pilihan red bag koleksi Solferino dalam percikan merah cili dan dibalas pula gancu ikonik YSL berona emas menambah lagi simbol rezeki pada si pemakai.

GUCCI lancar koleksi Tahun Baru Cina 2021 dengan mengabadikan kartun manga paling popular, Doraemon sebagai wajah utama. Ia bertambah menarik dengan adalah kartun ini bertanduk seakan seekor lembu seperti pada beg Bucket rona kuning air dengan seri kulit rona merah kelam.

BVLGARI memilih untuk memberi fokus pada beg Serpenti Forever yang gah dalam rona merah Amaranth Garnet. Bagi beg abru ini gancu kepala ualrnya diperbuat menggunakan gangsa dengan saduran emas.

LOUIS VUITTON bijak mencuri perhatian dengan menyajikan Cow Box sebagai tanda sambutan Tahun Baru Cina 2021 yang mana lembu menjadi simbol kali ini. Bekas ini juga memberi penghormatan pada seni tukang pembuatan trunk di Louis Vuitton.

Pautan Berkenaan: Cheongsam Moden Untuk Sambut Tahun Lunar 2021
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
