Sambut Tahun Baru & Hari Natal Lebih Bermakna
Hanya di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, kedua-duanya dapat disambut dengan cara pilihan kamu sendiri. Kamu boleh memilih untuk menikmati buffet enak di Coffee House, menu Jepun di Gen Japanese Restarurant atau Atrium Lounge.
Jangan lepaskan peluang memilih untuk ke Coffee House yang terletak di aras 9 Sunway Putra ini. Menu disajikan semestinya luar biasa seperti Beef Steak with Creamy Sarawak Green Pepper Sauce, Barbecued Lamb Ribs, Deep Friend Tiger Prawns with Butter and Garlic, Roasted Duck with Cherries dan banyak lagi.
GLAM memilih Beef Wellington yang dimasak sempurna dan manisan pula semestinya English Fruit Cake, Oreo Cheese Cake dan Macaroons. Mini cupcakes tersedia juga kelihatan berhias cantik dan pemanis mulut paling mengembirakan.
Bagi yang menentingkan kesihatan pula boleh menikmati salad dan pembuka selera enak seperti Smoked Salmon with Sweet Dill Mustard Sauce, Prawn Cocktails, Ceviche Snapper with Coconut Cream and Spring Onions yang lazat dan terdapat juga Mixed Mushrooms Salad.
Bagi penggemar cheese, anda berpeluang menikmati cheese yang berkualiti. Siapa tidak gemarkan Gouda, Cheddar, Blue Cheese dan banyak lagi. Paling enak dinikmati dengan Creay Asparagus Soup Prawns Bisque dan pelbagai roti.
Mengalih selera di Gen Japanese Restaurant aras 10 pula, GLAM gemarkan hirisan halus Sashimi daripada chef. Selain itu Shabu Shabu juga berperisa enak dan malam lebih sempurna dengan Steamed Egg Custard. Jangan lupa mencuba Spicy Dynamite Sushi Rolls dan Smoked Duck, Prawn with Avocado Salad.
Lebih mengujakan, ada cabutan bertuah buat tamu yang hadir menjamu selera. Mungkin kamu bertuah memenangi tas tangan dan alat solek berjenama atau kamar penginapan di luar negara.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Nikmati Suasana Tonton Filem Secara Eksklusif Di Aurum Theatre
May 08, 2026
Fendi Baguette 26424 Re-Edition Merai Personaliti Tanpa Definisi
May 07, 2026
Rolex Menjulang Esen Kesenian Sinema
May 07, 2026
‘Self-Care’ Dengan Pembersih Wajah Mewah Ini
May 07, 2026
Rayakan 60 Tahun FRED Force 10 Dengan Kilauan Baharu Emas Force 10 Rise
May 07, 2026
Filem Romantik Komedi Buat Anda Tersenyum Sendiri
May 07, 2026
Ketahui 5 Puteri Raja Bergelar Ibu Yang Punya Aura GLAM
May 07, 2026
