Rayakan 60 Tahun FRED Force 10 Dengan Kilauan Baharu Emas Force 10 Rise
Sempena ulang tahun ke-60 ikon legasi koleksi Force 10, rumah perhiasan FRED memperkenalkan variasi baharu koleksi Force 10 Rise yang kini hadir dengan sentuhan rona emas yang lebih menyerlah.
Tahun 2026 menyaksikan 6 dekad koleksi Force 10 kekal sebagai salah satu himpunan paling ikonik dalam sejarah rumah perhiasan FRED. Diilhamkan daripada keunggulan rekaan yang tidak lapuk dek zaman ini, koleksi perhiasan Force 10 Rise tampil lebih bersinar bersama rekaan dalam warna emas kuning yang memancarkan kemewahan baharu. Turut dijelmakan dalam rekaan cincin, rantai boleh laras, 2 pilihan anting-anting, dan ear cuff yang ideal untuk digayakan mengikut citarasa dan gaya peribadi si pemakai.
Estetika Baharu Force 10 Rise Dalam Kilauan Emas Kuning

Diperkenalkan pada tahun 2025, koleksi Force 10 Rise menzahirkan intipati ikon Force 10 dengan menyerlahkan keunikan tersendiri. Melalui gabungan rekaan kabel dan buckle pavé berlian, interaksi halus antara bentuk organik dan garisan geometri telah dapat mencipta harmoni yang sempurna. Kini, rekaan grafikal itu hadir dalam rona emas kuning, sesuai untuk dipadankan sewaktu detik istimewa rutin harian anda.
Variasi Rekaan Yang Versatil Dan Elegan

Koleksi ini mempersembahkan beberapa variasi siluet yang boleh didandankan mengikut kesesuaian gaya harian mahupun momen eksklusif. Rekaan cincin jalur boleh dipadankan dengan rantai boleh laras yang dinamik, membolehkan ia digayakan dalam pelbagai cara. Selain itu, rangkaian Force 20 Rise ini turut dilengkapi dengan 2 rekaan anting-anting iaitu gelung separa bulan dan gelung klasik serta ear cuff yang fleksibel.

Lantas, evolusi baharu ini memberi lebih ruang untuk kombinasi gaya mix dan match. Malah, ia boleh digayakan secara berlapis bersama variasi rona emas merah jambu dan emas putih sekaligus menjadikan koleksi ini lebih moden dan mudah dimadukan bersama gaya kontemporari.
Ikon Yang Terus Bersinar Dalam Era Baharu

Meraikan legasi 60 tahun, Force 10 Rise hadir sebagai manifestasi baharu yang merayakan kekuatan, keanggunan dan keunikan diri. Dalam kilauan emas yang lebih moden, koleksi ini terus mengangkat DNA ikonik FRED sambil memberi nafas segar kepada estetika klasiknya. Ia menjadi perhiasan yang mengabadikan identiti peribadi dan ketabahan.
Artikel berkaitan: Ini 5 Cara Chic Menggayakan Perhiasan Mixed Metal
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
