fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Sembang Fesyen: Amirul Fadzuan
4 Gaya Fesyen Tissa Biani Pilihan GLAM
Gucci Musim Luruh 2016: Cipta Zon Bebas Kepada Wanitanya
#NYFW: Coach Musim Bunga 2024 Merai Gemilang 10 Tahun Stuart Vevers di Coach
GLAM Persona: Che Puan Juliana Evans On Motherhood, Movies and Mily
Home > Fesyen > #MFW-68 Pasangan Kembar Berjalan Buat Gucci Twinsburg

#MFW-68 Pasangan Kembar Berjalan Buat Gucci Twinsburg

CAKAP GLAM: Satu pertunjukan yang cukup emosi! Setelah selesai setiap 68 model berjalan seorang diri, kemudiannya birai dibuka. Nah, rupanya setiap model itu ada pasangan kembar masing-masing. Berjalan dari pintu yang berasingan dan bertemu disatu titik, dan tangan saling menyambut. Gucci Twinsburg adalah satu dedikasi oleh Alessandro Michele buat ibunya yang juga mempunyai pasangan kembar, Eralda dan Giuliana. “Saya adalah anak kepada dua ibu,” kata Michele melalui nota pertunjukan acara Gucci ini. Acara ini menzahirkan gaya yang bersifat cukup peribadi. Sentuhan glamor yang diinjek dalam Gucci Twinsburg diambil daripada stail 70-an dan 80-an. Sensasi gaya bintang Hollwyood era itu memainkan peranan penting. Berserta estetika sportwear yang digubah lebih glamor. Dunia budaya Cina juga diambil menjadi esen penting, ada baju yang direka dengan kolar Cheongsam. Fuori, satu kata penting di Itali yang popualr dekad 70-an juga mengindahi beberapa gaya. Watak utama koleksi ini pastinya milik Gremlins!

VIP: Jodie Turner Smith yang sebelum ini sering kali muncul di permaidani merah berbusana Gucci membuat kemunculan di Milan dengan uniknya. Selain itu, peminat setia Alessandri Michele yakni Sinead Burke turut setia hadir memberikan tanda sokongan. Bintang barisan hadapan Gucci yang lain termasuklah Bryan Boy (the new editor buat majalah The Perfect), Amelie Gassman, Law Roach dan Caroline Daur.

PILIHAN GLAM

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Gucci Twinsburg

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse