Kate Spade New York: An Ode to New Orleans
KEMBARA ROAD TRIP DEBORAH LLOYD SEWAKTU MERENTASI AMERIKA BAGAIKAN TERHENTI DI NEW ORLEANS. KEINDAHAN TAMAN, KESEGARAN SUNGAI MISSISSIPI DAN ALUNAN MUZIK JAZZ TELAH MEMANAHKAN PESONANYA.
Teks: Yana Baharudin

Deborah Lloyd Presiden & Ketua Pegawai Kreatif Kate Spade
Perjalanannya ke New Orleans, kota laid back ini menyimbah banyak inspirasi buat musim ini. Bunga magnolia mekar dan segar mengundang rama-rama untuk singgah menghirup madunya. Panorama indah disempurnakan dengan senibina klasik rumah agam di kota kelahiran muzik jazz ini. Persekitaran serta ambiance yang dibawa oleh kota penuh budaya dan sarat sejarah ini diangkat sebagai tunjang ilham Kate Spade New York sempena meraikan tahun ke-25 mereka. Oleh itu, kesibukan Grand Central juga turut mengandungi elemen klasik menghiasi pentas untuk mempertontonkan koleksi musim bunga 2018 Jenama ini.

Dari luar Restaurant Oyster Bar ( lokasi presentation), sudah kedengaran musik jazz yang dimainkan oleh Big Brass Band bagi meniup roh New Orleans membuatkan semua model menari sama. Bandar penuh relaks ini juga turut dijelmakan pada setiap helaian Kate Spade New York yang terlihat ringkas daripada cetakan bunga, kekotak, denim sehingga ke corak rama-rama. Helaian ini dipadankan dengan sandal, kasut tumit kitten dan sneakers untuk langkah yang lebih selesa kala berpergian. Malah yang menjadi highlight pagi itu adalah pengenalan semula beg Sam iaitu beg tangan arkib 1993 yang tampil dalam perincian lebih segar.






Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
