Aksi Peragawati Di Backstage H&M Studio Musim Luruh 2016
Gucci Menggunakan Aliens Dalam Kempen Terbaru Mereka
Standout Looks Daripada Milan Fashion Week S/S 18
Pesona Gaya Bintang Baru Star Wars, Daisy Ridley
Gaun Kahwin Bak Puteri Emmy Rossum
Home > Uncategorized > Christian Louboutin Melancarkan Koleksi Sepatu Nude Baru

Christian Louboutin Melancarkan Koleksi Sepatu Nude Baru

Pakar kasut wanita Christian Louboutin telah mengeluarkan koleksi sepatu nude mereka, Nude Collection, empat tahun yang lalu dengan 5 rona nude yang kemudiannya ditambah dengan dua lagi rona untuk menampakkan kepelbagaian.

 

Foto: Christian Louboutin

Mereka kemudiannya menambah ballerina flats kepada rangkaian koleksi nude mereka dengan koleksi Solasofia yang menarik perhatian ramai kerana estetik yang mereka pamerkan melalui kempen koleksi tersebut.

 

Foto: Christian Louboutin

Tahun ini Louboutin meneruskan lagi usaha mereka untuk mengembangkan rangkaian nude dengan mengeluarkan dua koleksi sandal bertumit tinggi: Christeriva dan Cherrysandal yang sesuai dengan wanita yang menginginkan sofistikasi.

Rangkaian Christeriva diinspirasikan oleh kasut penari ballet dengan riben-riben menawan menampilkan stail yang glam dan feminin.

Cherrysandal pula memberikan ilusi sepatu minimal dengan strap yang bersambung dengan tali lutsinar.