A Step Forward Untuk Diversity Dalam Dunia Fesyen?
Dalam usaha untuk memperkukuhkan kepelbagaian (diversity) dalam industri fesyen dan juga peragawan, rumah-rumah fesyen sudah mula mengorak langkah untuk mengubah persepsi negatif terhadap dunia fesyen ini dengan mengubah cara pemikiran mereka.
Antara perubahan terbesar setakat ini (we still have a long way to go) adalah sewaktu Minggu Fesyen New York (NYFW) A/W 2016 di mana 31.9% adalah nonwhite dan diikuti dengan untuk NYFW A/W dengan 31.5%.
Baru-baru ini untuk pertunjukan Alta Moda mereka, Domenico Dolce and Stefano Gabbana telah mengadakan pertunjukan tersebut di Muzium Kebangsaan Tokyo untuk meraikan budaya Jepun dan mereka juga turut menggunakan majoriti model Jepun untuk memperagakan koleksi mereka.
[envira-gallery id=”65056″]
“Apa gunanya kalau kami datang dari jauh dan menunjukkan perkara yang sama kami selalu lakukan di Milan? Ini Jepun dan kami mahu menunjukkan rasa hormat kami untuk tempat ini,” terang Gabbana dalam satu kenyataan.
Selain itu, Dolce & Gabbana juga turut mengorak langkah perubahan dengan kempen editorial mereka #DGLovesJapan, rumah fesyen Itali itu juga menggunakan model-model Jepun untuk membintangi kempen tersebut.
[envira-gallery id=”65067″]
Saingan kepada Dolce & Gabbana, Gucci, juga telah mengambil peluang ini untuk membetulkan kesilapan mereka setelah dikecam kerana unsur whitewashing dalam kempen dan pertunjukan fesyen mereka. Untuk kempen Pre-Fall 2017 mereka, Gucci telah menampilkan hanya model berkulit hitam untuk kempen tersebut.
[envira-gallery id=”65057″]
Kempen yang diberi nama ‘Soul Scene’ itu merupakan satu penghormatan kepada satu gerakan pada zaman 60-an, Northern Soul, yang memperkenalkan gerak tari disco dan juga black upbeat soul music ke dalam budaya British dan juga Amerika.
Namun disebalik semua ini, adakah keputusan rumah-rumah fesyen besar ini jujur dari hati mereka untuk meraikan kepelbagaian ataupun hanya sekadar PR stunt untuk mengelakkan daripada dikecam oleh orang ramai seperti kesilapan mereka sebelum ini?
We’ll just have to wait and see.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
