Millennial It-Girl: Marisa Soraya
Karpet Merah Hollywood Film Awards 2015
A-List GLAM: Dayang Nurfaizah
A-List GLAM: Atikah Karim
Dior Haute Couture Fall/Winter 2015-2016

F is for… Landasan Digital Terbaru Fendi Untuk Generasi Milenial

Fendi baru-baru ini telah melancarkan sebuah landasan digital terbaru yang diberi nama ‘F is for...’ yang menyasarkan golongan milenial oleh milenial.

 

F is for…’ telah dihaislkan dengan menggunakan generasi milenial di Fendi sendiri dan menampilkan beberapa kategori ‘F’ yang berbeza seperti: Freaks (puak baru), Fulgore (fesyen baru), Faces (mereka yang terlibat), Freedom (pengalaman mereka) dan Fearless (suara revolusi).

 

Taktik terbaru mereka ini juga merupakan landasan untuk generasi milenial berkongsi cerita, foto, suara-suara belia yang inginkan sesuatu yang baru, di mana fesyen bertemu dengan seni baru, budaya, muzik, dan lebih lagi.

 

Sewaktu majlis pelancaran ‘F is for…’ di Fulton Market Building, New York, mereka telah menjemput beberapa nama besar untuk memeriahkan lagi majlis tersebut dengan kehadiran Joan Smalls, Kendall Jenner, Bella Hadid, Presley Gerber, Hailey Baldwin, dan beberapa lagi milenial ternama.

Foto: Jared Siskin/Patrick McMullan