Kembara Rising East Bersama Japan Airlines
SEBUT SAHAJA JEPUN, PASTI RAMAI YANG TERUJA. MASAKAN TIDAK JIKA NEGARA YANG TERKENAL DENGAN JOLOKAN MATAHARI TERBIT INI TIDAK PERNAH PUTUS MENAWARKAN 1001 KEGEMBIRAAN KEPADA PENDUDUK LOKAL MAHUPUN PELANCONG.

Oleh : Yusairi Fitri
Gambar: Japan Airlines
Baik dari segi nilai sejarah, budaya, gastronomi dan juga iklim yang menakjubkan. Berbicara mengenai idea melancong ke Jepun, ada kejutan terbaru menanti anda. JAPAN AIRLINES (JAL), yang baru-baru ini diperakui sebagai syarikat penerbangan lima bintang oleh Skytrax untuk perkhidmatan yang berkualiti, kerusi dalam pemenang anugerah, serta perkhidmatan dengan sentuhan layanan Jepun, telah melancarkan kempen iklan serantau yang baru, ‘Discover Your Color’ sebagai salah satu tarikan dunia pelancongan di Jepun. Dari merah jambu musim Sakura yang bertenaga di Osaka, lereng putih bersalji Komatsu, dan hamparan ungu yang menakjubkan di musim panas di Sapporo, kepada pelbagai warna daun merah di musim gugur Yamagata, pelbagai pengalaman yang penuh warna menanti anda.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Filem Zendaya Wajib Tonton Minggu Ini!
May 14, 2026
Tod’s Vacanze Italiane Cipta Memori Musim Panas
May 14, 2026
Longchamp Perbaharui Koleksi Le Pliage Dalam Gaya Monokrom
May 13, 2026
Tarung: Unforgiven Bariskan Pelakon Lelaki Berbakat
May 13, 2026
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel 2026
May 13, 2026
Fromage Jadi Destinasi Keju Artisan Pertama KL
May 13, 2026
Ini Cara Re-apply Sunscreen Tanpa Kacau Solekan
May 12, 2026

