Kolaborasi Apple Watch dan Hermès
Hidangan Fusion Elemen Jepun dan Melayu Ramadan di Babe Restaurant
Datin X: So What Kalau Beli Beg Secondhand!
Filem Baru Arahan Tom Ford?
Jatuh cinta di Switzerland

Lokasi Penggambaran Filem Blockbuster Yang Boleh Dikunjungi

Gambar: Sumber Google
 
Setiap kali menonton filem blockbuster, pastinya anda akan beranggapan bahawa lokasi penggambaran itu hanya dilakukan di studio. Dengan perkembangan teknologi canggih masa kini segalanya boleh dirakam dengan hanya berlatarkan green screen. Namun, tahukah anda ada juga lokasi yang benar wujud seperti mana yang dirakam dalam filem blockbuster.
 
Ada di antara tempat ini yang boleh anda kunjungi. GLAM senaraikan lokasi penggambaran filem blockbuster yang boleh anda kunjungi sekiranya anda merancang untuk melancong ke luar negara.

Sumber: EH!

hotel-budapest

Penggambaran filem blockbuster The Grand Budapest Hotel ini mengambil tempat di sebuah stor beli-belah yang dipanggil Gorlitz di Berlin. Stor ini dibina pada abad ke-20 dan sepatutnya dirobohkan. Lobi utama di bangunan lama ini masih lagi mempunyai ciri-ciri asli rekaan lama. Dari tangga, tingkap dan chandelier yang tersergam indah di tengah lobi, segalanya masih yang asli.