Kreativiti Tanpa Batasan Bersama Gucci Beauty Dan GLAM Beauty Club
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan ed...
Read Full BioKecantikan hari ini bukan lagi tentang mengikut satu definisi yang sama. Ia lebih peribadi, lebih bebas dan sering kali menjadi refleksi kepada identiti serta cara seseorang mengekspresikan diri. Atas semangat itu, GLAM Beauty Club bersama Gucci Beauty telah membuka ruang kolaborasi kreatif bersama 10 ahli terpilih daripada komuniti kami menerusi sebuah kempen yang meraikan imaginasi, gaya dan perspektif kecantikan moden.
Setiap ahli yang dipilih diberi peluang untuk menghasilkan kandungan bersama Gucci Beauty mengikut gaya dan identiti masing masing. Melalui video dan visual kreatif yang dikongsi di platform media sosial mereka, setiap peserta membawa idea dan estetika yang tersendiri, menjadikan setiap kandungan terasa berbeza dan lebih dekat dengan personaliti mereka sendiri. Inilah yang menjadikan kolaborasi ini lebih menarik, apabila kecantikan diterjemahkan dalam cara yang lebih jujur, kreatif dan penuh karakter.
Lebih daripada sekadar kempen kandungan, kolaborasi ini juga menjadi cara untuk GLAM Beauty Club mendekati komuniti kami dengan lebih dekat. Kami percaya dunia kecantikan hari ini bergerak melalui suara sebenar, pengalaman peribadi dan kreativiti individu yang mampu memberi inspirasi kepada orang lain secara lebih organik dan relevan. Dengan memberi ruang kepada ahli komuniti untuk mencipta dan berkongsi perspektif mereka sendiri, kempen ini menjadi refleksi bagaimana kecantikan moden semakin dipengaruhi oleh individuality dan self-expression.
Apa yang menjadikan kolaborasi ini lebih istimewa adalah bagaimana kesemua 10 ahli membawa identiti mereka yang tersendiri ke dalam setiap kandungan. Tiada satu pendekatan yang sama, namun semuanya berjaya menyampaikan semangat Gucci Beauty yang berani, ekspresif dan penuh karakter.
Daripada 10 penyertaan yang diterima, seorang peserta akhirnya dipilih sebagai pemenang utama berdasarkan kreativiti, kekuatan visual dan cara beliau mentafsir dunia kecantikan melalui kandungannya. Tahniah kepada Rashmita Rasindran yang berjaya membawa pulang produk tambahan Gucci Beauty bernilai RM5,000.
Kempen ini bukan sahaja meraikan kecantikan, tetapi juga meraikan komuniti kreatif yang berani berkongsi suara, idea dan identiti mereka sendiri. Bersama GLAM Beauty Club dan Gucci Beauty, setiap ahli diberi ruang untuk mencipta, bereksperimen dan menjadi sebahagian daripada naratif kecantikan yang lebih moden dan inklusif.
Artikel berkaitan: 7 Haruman Floral-Woody Yang Menggoda Pasangan
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
