Kendall Jenner Tidak Senang Hati Dengan Hubungan Sofia Richie Bersama Scott Disick
Kim Kardashian Kembali Ke Industri Hiburan?
Holiday Home Baru Natalie Portman Bernilai RM27.6 Juta
Coach Anjurkan Lelongan Vintaj Untuk The Costume Institute
Scarlett Johansson Berpisah Dengan Suaminya Selepas Dua Tahun
Home > Uncategorized > Bella Hadid Menepis Khabar Angin Dia Bersama Bekas BF Kendall Jenner

Bella Hadid Menepis Khabar Angin Dia Bersama Bekas BF Kendall Jenner

It’s a NO from Bella Hadid, people!

 

Baru sahaja semalam US Weekly melaporkan model Bella Hadid kini sedang menjalinkan hubungan bersama pemain bola keranjang NBA Jordan Clarkson, 25, yang juga pernah mempunyai sejarah romantik bersama teman baik Bella, Kendall Jenner.

 

Enggan berdiam diri, Bella kini sudah tampil untuk menepis berita ini dengan caranya sendiri melalui Twitter.

 

Menurut sumber US Weekly, Bella dan Jordan dilihat kerap meluangkan masa bersama di New York dan kemesraan mereka juga tampak lebih daripada rakan biasa. Tiada lagi perincian selanjutnya selain daripada kenyataan sumber ini.

 

Bella memberikan responnya apabila dia membalas Tweet oleh blogger ternama Perez Hilton “Sorry, @theweeknd! @bellahadid is reportedly now “hooking up” with NBA stud @JordanClarksons!”

 

Dan ini adalah jawapan model tersebut:

 


Hujung tahun lalu, Bella dikaitkan semula dengan bekas teman lelakinya The Weeknd yang baru putus hubungan bersama Selena Gomez dan kenyataan orang ramai ini hanyalah sekadar khabar angin nampaknya.