fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Tiada Siapa Mahukan Justin Bieber di Beverly Hills
Cara Delevingne, Kristen Stewart, Pharell Williams, & Caroline de Maigret Untuk Kempen Gabrielle
Donatella Lancarkan Buku Raikan Kariernya
Pertandingan Buat Pelajar Fesyen Oleh Giorgio Armani
Iklan Kesedaran Pepsi Bersama Kendall Jenner Membuat Netizen Berang
Home > Uncategorized > PANTONE Mengumumkan Colour of The Year Untuk 2017

PANTONE Mengumumkan Colour of The Year Untuk 2017

Tahun 2016 The Pantone Colour Institute mengumumkan dua tona warna ‘Rose Quartz’ warna merah jambu pastel dan ‘Serenity’ warna biru muda yang sangat lembut. Tahun 2016 juga adalah kali pertama Pantone membuat keputusan untuk mengumumkan dua warna dan bukannya satu sahaja untuk menunjukkan keserataan jantina.

 

Tetapi untuk 2017, Pantone mengumumkan satu warna sahaja dan warna tersebut adalah ‘Greenery’ atau lebih spesifik Pantone 15-0343.

 

greenery

 

‘Greenery’ dipilih kerana rona warnanya yang ‘menyegarkan dan menggiatkan’ dan juga sebagai ‘simbol permulaan baharu’.

 

Pengarah eksekutif Pantone Colour Institute, Beatrice Wiseman menerangkan bahawa ‘Greenery’ akan memulakan 2017 dan membekalkan kita dengan jaminan yang kita mahukan disebalik huru-hara yang kita hadapi dalam pergolakan sosial dan politik tahun ini. [‘Greenery’] juga dapat memuaskan keinginan untuk membaharukan diri kita.

 

 

Kita boleh nantikan trend-trend yang bakal muncul dan akan menampilkan warna ini di mana-mana sahaja terutamanya dunia fesyen mungkin?

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid