Holiday Home Baru Natalie Portman Bernilai RM27.6 Juta
Selepas melahirkan cahaya mata keduanya, Amalia, Natalie Portman kini mempunyai sebuah tempat di mana dia boleh menggunakannya untuk beristirehat bersama keluarganya.
Sebuah website hartanah Trulia telah melaporkan yang penerima Anugerah Academy tersebut telah membeli sebuah rumah mewah di Montecito, California pada harga $6.5 juta (RM27.6 juta).
Rumah moden di atas tanah berukuran 10.4 ekar itu dibina oleh arkitek Barton Myers dengan menggunakan besi, kaca, dan konkrit. Rumah ini juga terdapat dapur state-of-the-art, empat bilik tidur, dan lima bilik air luxe.
Kawasan perumahan mereka dipenuhi dengan pokok-pokok yang rimbun, belukar dan pelabagai jenis flora untuk Portman dan keluarganya menikmati alam sekitar.
Rumah ini juga dibina di kawasan lereng bukit yang mempunyai cerun rendah dengan pemandangan lautan Pasifik yang menawan.
Jikalau Portman membuat keputusan untuk menjadikan rumah ini sebagai kediaman utama mereka (mereka sekarang menetap di sebuah estet di Los Feliz), she can always visit Oprah yang tinggal berdekatan.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Jun 03, 2026
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Jun 02, 2026
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
May 29, 2026
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
May 29, 2026
Dialog Fesyen: Yuleza
May 29, 2026
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
May 29, 2026
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
May 29, 2026

