“Suno” Tiada Lagi Selepas Koleksi Terakhir Mereka

Erin Beatty dan Max Osterweis

Erin Beatty dan Max Osterweis

 

Jenama terkenal di Amerika Syarikat Suno mengumumkan bahawa mereka akan menutup tirai dan telah disahkan oleh pengasasnya Max Osterweis.

 

“Selepas lapan tahun yang luar biasa kami membuat keputusan yang koleksi resort kami ini merupakan bab terakhir buat kami” terang Max kepada BoF. “Kami berasa terharu dengan sokongan yang telah kami terima dari mula lagi Suno dilancarkan.”

 

Max Osterweis mengasas Suno pada tahun 2008 dengan Erin Beatty graduan Parson’s School of Design sebagai pereka fesyennya. Dianggap sebagai “jenama gaya mewah yang mempunyai kesedaran” Suno telah merasa kejayaan yang banyak dalam tempoh lapan tahun ianya beroperasi.

 

Suno pernah menjadi finalis untuk CFDA/Vogue Fashion Fund pada tahun 2011 dan 2012, memenangi CFDA Swarovski Award untuk Womenswear Ethical Production pada tahun 2013, dan juga finalis untuk LVMH Young Fashion Designers Prize pada tahun 2014.

 

Koleksi-koleksi Suno direka di New York dan dihasilkan oleh artisan lokal di mana jenama itu mendapatkan fabrik mereka (termasuk Romania, Itali, dan Kenya) selalu mengutamakan tanggungjawab terhadap sosial. Antara selebriti yang pernah memakai Suno adalah Michelle Obama, Christy Turlington, Beyoncé, Taylor Swift dan ramai lagi.

 

Industri fesyen merasakan yang sesuatu tidak kena dengan Suno apabila mereka tidak mencari pengganti untuk naib presiden bahagian jualan dan merchandising Mary Song yang meninggalkan syarikat itu pada bulan Ogos yang lalu. Jawapan Suno adalah mereka menghadapi kesukaran untuk mencari pelabur.

 

Oleh: Ai Norzaid

POST A COMMENT