fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Nama Anak Duke of Sussex, Meghan Markle Dan Putera Harry Akhirnya Didedahkan!
Bayaran Emma Watson Sebagai Belle Untuk Beauty and The Beast
Kylie Jenner Tampil Dalam Kempen Terbaru Puma
Angelina Jolie Bersuara Mengenai Perpisahannya Bersama Brad Pitt
Pentas Terakhir Gisele Bundchen
Home > Uncategorized > Perompak Acu Pistol di Kepala Kim Kardashian

Perompak Acu Pistol di Kepala Kim Kardashian

Kim Kardashian Visits A Friend In Studio City

Bintang realiti televisyen Kim Kardashian dilaporkan dirompak awal pagi tadi di hotel penginapannya di Paris. Beliau yang hadir ke kota itu untuk Minggu Fesyen Paris diserang lima lelaki yang menyamar sebagai polis untuk memecah masuk biliknya.

 

Kim dikatakan diikat dan dikurung di dalam tandas ketika kumpulan perompak itu mengambil barang kemasnya yang bernilai jutaan ringgit. Salah seorang perompak tersebut juga dikatakan mengacukan pistol ke kepala Kim.

 

Kanye yang ketika itu sedang melakukan konsert di New York menghentikan persembahannya serta merta apabila mendapat berita tentang kejadian melibatkan nyawa isterinya ini.

 

Meskipun tiada penahanan dibuat oleh pihak polis Perancis, seorang lelaki dipercayai mempunyai kaitan dalam rompakan tersebut telah disoal siasat. Walaubagaimanapun, masih tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kim.

 
Oleh: Lylatul Qadrina