fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Happy Birthday, Kendall!
Filem Warner Bros. ‘Crazy Rich Asians’ Memilih Henry Golding Sebagai Watak Lelaki Utama
American Crime Story: The Assassination of Gianni Versace, Tidak Diterima Oleh Keluarga Versace
Shah Rukh Khan dan Anak Bongsunya Dilihat Mempunyai Tatu Yang Sama
Kylie Jenner Membuat Keputusan Yang Besar Demi Bibirnya
Home > Uncategorized > KLFWRTW 2016 DAY 1: Style in The City

KLFWRTW 2016 DAY 1: Style in The City

Kuala Lumpur Fesyen Week (KLFWRTW) 2016 yang bermula semalam menyaksikan kehadiran ramai sosialit serta tetamu dari industri fesyen dan selebriti seperti Erra Fazira, Ziana Zain, Scha Al-Yahya, Fazura, Amber Chia, Amelia Henderson, Sarah Hildebrand, Thanuja Ananthan serta ramai lagi untuk memberi sokongan kepada pereka-pereka fesyen hebat tempatan.

 

Pertunjukan pertama yang bermula jam 3 petang menampilkan Meg KL, Maatin Shakir, Hipster by Zery Zamri, Aere, Nasty Inc dan Andy Bandy. Dan seperti yang dijangkakan, Maatin Shakir menyerlah dalam slot ini dengan koleksi berinspirasikan ‘Bohemian Rock’.

 

Slot seterusnya memaparkan koleksi dari Zero to Ten, Villiam Ooi, Variante, Carven Ong, dan Selena Yeop x Ning Baizura. Setiap pereka dalam slot ini mempunyai kekuatan dalam rekaan masing-masing tetapi Zero to Ten memberi penonton chic quirkiness yang menyegarkan! 

 

Sesi 7 petang pula menyaksikan koleksi quaint dan fresh dari Moto Guo sementara Innai Red memukau orang ramai dengan rekaan bertemakan karnival Rio dan tropical vibe.

 

Hari pertama KLFW 2016 diakhiri dengan persembahan koleksi dari pereka fesyen India, P.E.L.L.A dan Rizman Ruzaini bertema patriotik dan militari yang anggun dan classy. Semangat kemerdekaan jelas terasa melalui koleksi serba hijau askar ini. 

 

[soliloquy id=”51024″]