Kim Kardashian Hentam Wall Street Journal

Kim Kardashian at #BlogHer16 Experts Among Us Conference held at JW Marriott  on August 05, 2016 in Los Angeles, California, United States (Photo by JC Olivera) *** Please Use Credit from Credit Field ***
 
Baru-baru ini Kim Kardashian menerbitkan iklan satu muka surat di The New York Times menghentam Wall Street Journal atas tindakan mereka menyiarkan mesej penafian terhadap ‘Armenian Genocide’ yang berlaku ketika World War I (WWI).
 
Bintang realiti berusia 35 tahun ini memberitahu bahawa iklan di Wall Street Journal yang disiarkan pada bulan April lalu dibiayai oleh kumpulan pihak disebalik Turkic Platform yang tidak akan didedahkan.
 
Mereka mendakwa bahawa jumlah kematian yang direkodkan oleh ahli sejarah adalah tidak tepat kerana jumlah sebenar adalah lebih sedikit dan tragedi tersebut berlaku kerana rakyat Armenia sendiri.
 

Sumber: Aram Hamparian

Sumber: Aram Hamparian


 
Menurut Muzium Memorial Holocaust Amerika Syarikat, seramai 664,000 hingga 1.5 juta rakyat Armenia terkorban kesan daripada “systematic abuse” oleh pihak berkuasa Ottoman pada tahun 1915-16.
 
Kim yang mempunyai darah keturunan Armenia menggunakan kuasa selebritinya untuk menegakkan kebenaran dan membela mereka yang terlibat dalam tragedi ini.
 
“If this had been an ad denying the Holocaust, or pushing some 9/11 conspiracy theory, would it have made it to print?” soal Kim dalam iklan The New York Times beliau.
 
Beliau turut memberitahu Time bahawa beliau akan terus memperjuangkan kebenaran supaya tragedi ini diketahui umum supaya sejarah tidak akan berulang.
 
“The whole point of remembering the genocide is to make sure it doesn’t happen again. A million-and-a-half people were brutally massacred, and a country can just pretend like it never happened? I don’t think that’s right.” ujar Kim.

POST A COMMENT