Kecoh di TikTok, Apa Itu Gua Sha Dan Apa Fungsinya?
Menjadi trend terbesar 2022 di TikTok, gua sha kini menjadi salah satu teknik kecantikan pilihan Gen Z. Namun adakah anda menggunakan peralatan cantik ini dengan betul?
Termakan dengan kata-kata, “jika mahu hilangkan dagu berlapis, anda kena cuba teknik ini”, lalu ramai yang cepat-cepat membeli peralatan cantik ini. Malah selebriti seperti Lizzo, Maddie Ziegler dan Kendall Jenner juga pernah mencubanya. Namun ramai di kalangan peminat kecantikan tidak berapa setuju jika dianggap peralatan ini hanya mampu memberi manfaat kepada “membuang lemak”. Anda semua juga haruslah ambil tahu, apakah juga fungsi sebenarnya.
Apakah itu gua sha?
Ia adalah sebuah rawatan tradisional masyarakat Cina dahulu kala. Rawatan ini digunakan sebagai teknik pemulihan badan akibat kesakitan serta memperkuatkan sistem imunisasi diri. Gua sha di dalam bahasa Cina bermaksud seperti “mengikis” adalah sebuah alatan yang digunakan dan digeselkan pada kulit untuk mengembalikan peredaran tenaga dan darah dalam badan yang digelar ‘Qi’.
Walaupun rawatan asli ini masih berjalan sehingga ke hari ini, namun di kalangan Gen Z, mereka memilih untuk menggunakan peralatan ini sebagai sebuah rawatan kosmetik terbaru. Tiada salahnya menggunakan peralatan ini sebagai bahan kecantikan, malah ia turut memberikan efek yang sama jika anda pandai menggunakannya dengan betul.
Jangan tersalah pilih peralatan cantik ini yang sering digunakan untuk tubuh dan badan. Ini kerana material ia ada hadir berbeza untuk digunakan pada wajah. Ini kerana ia direka lebih lembut berbanding biasa bagi memastikan keselesaan saat digosokkan pada permukaan kulit wajah. Gol utama peralatan cantik ini adalah untuk mengembalikan kulit dan tisu wajah yang sihat disamping melembutkan tegangan urat pada muka.
Antara Trend di TikTok Yang Mendapat Perhatian
https://www.tiktok.com/@acuwithemmy/video/7178911798370848042?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7187681334886090242
https://www.tiktok.com/@michaelascott20/video/7186721929028750638?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7187681334886090242
Ini 2 Jenama Peralatan Cantik Pilihan GLAM!
Pilihan Bacaan Seterusnya
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya Anda?
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis Vuitton Color Blossom
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk Haruman
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
Apr 21, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sarat Makna!
Apr 21, 2026

