CHANEL Dan Les 4 Ombres Boutons Koleksi Paling Mewah
10 Idea Set Hadiah Penjagaan Kulit Wajib Miliki
5 Produk Kecantikan Yang Harus Anda Miliki September Ini
Bintang Instagram Perancis Menjadi Jurucakap Terbaru L’Oréal Paris
Rutin Penjagaan Rambut Tisya Ong Bersama Kérastase Sempena Lebaran
Home > Cantik > Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk Haruman

Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk Haruman

Ada saat dalam sehari yang terasa seolah dunia berhenti seketika. Ketika matahari mula tenggelam, langit berubah menjadi kanvas emas yang hangat dan segala-galanya diselubungi cahaya lembut yang sukar digambarkan.

Saat inilah yang diabadikan oleh Ambre Levant oleh Louis Vuitton, sebuah haruman yang meraikan keindahan peralihan antara siang dan malam.

Inspirasi Senja di Sebuah Istana Timur

Sebagai sebahagian daripada koleksi Fragrances of the World, Ambre Levant meneruskan perjalanan olfaktori Louis Vuitton dalam meneroka budaya dan landskap yang membentuk sejarah wangian dunia. Di bawah sentuhan Jacques Cavallier Belletrud, wangian ini mengabadikan detik golden hour di Timur Tengah, di mana cahaya, aroma dan emosi bertemu dalam satu pengalaman yang hangat dan memikat. Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk Haruman

Ambre Levant membayangkan sebuah istana yang mula hidup ketika senja menjelma. Dinding batu yang masih menyimpan kehangatan matahari, ukiran kayu yang memantulkan cahaya emas dan suasana dalamannya yang mula diisi dengan gerak langkah menuju malam yang penuh perayaan.

Di udara, terbit aroma rempah, manisan Timur dan pastri halus yang seakan menghidupkan ruang dengan kemewahan yang tidak berlebihan, tetapi kaya dengan sensasi. Saat inilah siang dan malam bertemu, mencipta suasana yang penuh intensiti dan keanggunan.

Komposisi yang Menghidupkan Cahaya

Dalam olfaktori Ambre Levant, Jacques Cavallier Belletrud menyatukan dua elemen ikonik dunia Timur Tengah, iaitu amber dan oud ke dalam satu komposisi yang berlapis dan penuh karakter. Baginya, amber bukan sekadar bahan, tetapi memori pertama yang membentuk perjalanan kreatifnya dalam dunia perfumery.

Wangian ini dibuka dengan nota mandarin segar dan berjus, memberikan sentuhan cerah yang serta-merta hidup di kulit. Kemudian, ia berkembang dengan lapisan cardamom, kayu manis, lada putih dan saffron, menghasilkan kehangatan rempah yang kaya dan menggoda.

Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk Haruman

Di bahagian tengah, labdanum memberikan kedalaman resin yang mewah, sementara white incense menambahkan nuansa lembut. Sentuhan ambergris moden pula membawa dimensi mineral yang menjadikan keseluruhan komposisi lebih kontemporari dan seimbang.

Keistimewaan Ambre Levant turut terletak pada penggunaan oud dari Bangladesh, yang dikenali sebagai salah satu bahan paling berharga dalam dunia wangian. Diperoleh dari wilayah Sylhet, oud ini berasal daripada hutan aquilaria yang memerlukan masa sehingga tiga dekad untuk menghasilkan resin berkualiti tinggi.

Proses ini dijaga oleh artisan yang mewarisi kepakaran selama lebih 200 tahun, memastikan setiap ekstrak oud dihasilkan dengan penuh ketelitian dan menghormati alam semula jadi. Hasilnya ialah oud yang lebih halus, dengan karakter kayu yang hangat dan sentuhan animalic yang lembut, tanpa rasa berat atau berlebihan.

Umpama Cahaya yang Tidak Berakhir

Gabungan amber dan oud yang mewah menjadikan Ambre Levant sebagai haruman yang terasa seperti cahaya senja yang tidak berakhir. Ia bukan sekadar wangian, tetapi pengalaman yang melekat di kulit seperti memori yang hangat dan berpanjangan.

Dalam setiap semburan, Ambre Levant membawa kita kembali ke detik paling indah dalam sehari, saat dunia diselubungi cahaya emas Timur yang tenang, misteri dan penuh daya tarikan.

Artikel berkaitan: 5 Pilihan Wangian Floral Wanita Terbaik Musim Panas 2026