Related Stories
5 Hairstylist Mahir ‘Butterfly Cut’ Pilihan GLAM 2026
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioDari butterfly cut hingga 90’s blowout mereka yang mendefinisikan semula estetika rambut wanita Malaysia. GLAM pilih lima hairstylist salon terbaik dan terkini 2026.
Potongan rambut layer kembali mendominasi industri kecantikan tanah air, dan bukan semua hairstylist mampu menghasilkan bentuk yang sempurna. GLAM mengenal pasti lima nama yang bukan sekadar mengikut tren, tetapi mereka yang membentuknya.
1. Mateen Shelvy — Chop Hair Studio
Mateen Shelvy dikenali kerana pendekatan yang teliti dan tailored dalam setiap kerja potongan rambut, sama ada untuk wanita mahupun lelaki. Kepakarannya merangkumi potongan khusus seperti butterfly cut, dan dia juga terkenal dalam kendalian teknik mewarna rambut secara balayage highlights moden ini. Aktif di Portugal dan Malaysia, Mateen membawa perspektif antarabangsa yang menjadikan setiap sesi di kerusinya satu pengalaman tersendiri.
Untuk membuat temujanji, layari Chop Hair Studio
2. Azlan Khalid — Crush Hair Studio
Pengasas Crush Hair Studio ini telah mencipta namanya sendiri dalam dunia rambut melalui potongan bertekstur dan bervolume tinggi yang menjadi kegemaran ramai. Kepakarannya dalam 90’s blowout dan butterfly cut menjadikan salonnya destinasi pilihan bagi mereka yang mendambakan gaya bouncy, lembut, dan flowy. Tidak menghairankan bahawa barisan pelanggan tetapnya merangkumi selebriti serta influencer media sosial terkemuka tanah air.
Untuk membuat temujanji, layari Crush Hair StudioView this post on Instagram
3. Haiqal Ramadzan
Haiqal Ramadzan bukan sekadar mengikut trend, dia adalah antara orang yang membentuknya. Diiktiraf secara meluas atas peranan beliau dalam mempopularkan Butterfly Haircut di Malaysia, gaya kerja Haiqal menggabungkan struktur yang kukuh dengan pergerakan yang terasa semula jadi dan effortless. Potongannya mudah dikenali: fashion-forward namun tetap praktikal untuk dipakai seharian. Dengan identiti yang tersendiri dalam dunia rambut, Haiqal terus mencipta standard baharu tentang rupa paras rambut moden. Haiqal kini hairstylist freelance di Hair Library.
Untuk membuat temujanji, layari Haiqal RamadzanView this post on InstagramA post shared by Hairdresser • Colourist • Freelance Stylist (@haiqalramadzan)
4. Miedy Daniel
Jurudandan profesional yang juga penata gaya selebriti ini sudah lama berada dalam industri dandanan rambut profesional. Kerjayanya bermula sebagai seorang hairstylist senior di salah sebuah salon rambut popular, CHEZ Hair Studio. Kini dia bergerak aktif secara solo, barisan client nya pula bukan calang-calang, kebanyakan selebriti terkenal tempatan seperti, Eyka Farhana, Janna Nick, Mimi Lana, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf dan ramai lagi. Miedy kini bergerak solo dan freelance di Nurul Hair Station.
Untuk membuat temujanji, layari Nurul Hair Station.
5. Calvin — Number76, ISETAN LOT10
Di sebalik persona cool yang menjadi signaturenya, Calvin adalah seorang hairstylist yang komited dalam kerjayanya. Kepakarannya dari gaya warna highlight glamour hingga warna yang berani, dari potongan klasik lelaki hinggalah gaya feminin yang halus. Calvin memahami bahawa setiap individu mempunyai ciri-ciri tersendiri yang perlu diraikan. Dia juga merupakan hairstylist pilihan aktres dan penyanyi terkenal, Daiyan Trisha. Calvin kini berada di Number76 ISETAN LOT10, Kuala Lumpur.
Untuk membuat temujanji, layari Number76 Artikel berkaitan 10 Hairstylist Selebriti Pilihan Pengantin 2025Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
