Cedok Inspirasi 5 Gaya Fesyen Ameera Khan Pilihan GLAM
Interpretasi Elemen Feminin Franck Muller Melalui Vanguard Lady
GLAM Persona: Scha Alyahya GLAM’s Coolest Fashion Icon
Demonstratif Gaya Baru: Ritma Eklektik
Fesyen Gen-Z: Bebas, Berani, & Bergaya
Home > Fesyen > GLAM It Girl: Taanusiya Chetty

GLAM It Girl: Taanusiya Chetty

GLAM It Girl bulan ini membawakan Taanusiya Chetty, jelitawan kelahiran Kuala Lumpur yang menyerlah sebagai Miss World Malaysia 2024/25 dengan pesona yang elegan serta visi yang jelas. Taanusiya Chetty ialah seorang gadis muda versatil yang mengimbangi dunia peragaan dengan advokasi sosial yang bermakna, sentiasa didorong oleh keinginan untuk memperkasa komuniti dan membawa perubahan. Membesar dengan jati diri yang kuat, Taanusiya adalah simbol keberanian dan suara bagi pemerkasaan komuniti. Kemenangannya adalah bukti dedikasi luar biasa dalam membawa perubahan positif, membuktikan bahawa pesona sejati lahir daripada impak yang ditinggalkan kepada masyarakat.

Taanusiya Chetty, Ikon Inspirasi GLAM It Girl Bulan Ini

1. Bagaimana anda mendefinisikan ‘Personal Style’ anda sendiri? Personal style saya adalah gabungan elegan moden dengan sentuhan minimalis. Saya suka penampilan yang bersih, berstruktur, tetapi masih memberi ruang untuk ekspresi diri, sama ada melalui warna, tekstur atau aksesori yang unik. 2. Apakah ‘fashion rules’ yang anda tidak akan sesekali langgar? Saya percaya fesyen adalah tentang ekspresi diri, jadi saya tidak terlalu terikat dengan “rules”. Namun, satu perkara yang saya pegang ialah sentiasa berpakaian dengan hormat mengikut situasi kelas dan kesesuaian itu penting. 3. Apakah pencapaian yang paling membanggakan anda setakat ini? Pencapaian yang paling membanggakan saya setakat ini adalah peluang untuk berkembang sebagai individu bukan sahaja dari segi kerjaya, tetapi juga keyakinan diri, disiplin, dan keupayaan memberi inspirasi kepada orang lain. 4. Apakah cabaran peribadi atau pengalaman masa lalu yang menjadi pembakar semangat Taanusiya untuk berjaya dalam dunia ratu cantik? Setiap cabaran dalam hidup saya telah membentuk siapa saya hari ini. Pengalaman jatuh bangun mengajar saya untuk menjadi lebih kuat, berani, dan tidak mudah berputus asa. Itulah yang menjadi pembakar semangat saya untuk terus maju dalam dunia ratu cantik. 5. Sebagai pemenang Miss World Malaysia, apakah persiapan utama yang Taanusiya lakukan untuk membawa nama negara ke pentas dunia? Persiapan utama saya adalah dari segi mental, fizikal dan emosi. Saya memberi fokus kepada komunikasi, pemahaman isu semasa, kecergasan, serta membawa identiti Malaysia dengan penuh bangga di pentas antarabangsa. 6. Selain daripada bidang peragaan, apakah minat Taanusiya yang lain? Selain peragaan, saya meminati aktiviti seperti kecergasan, membaca, dan kerja-kerja kebajikan. Saya juga gemar meneroka perkara baharu yang boleh menambah nilai kepada diri saya. 7. Apakah pesanan Taanusiya kepada gadis-gadis di luar sana yang ingin menceburi bidang peragaan dan pertandingan ratu cantik? Kepada gadis-gadis di luar sana, percayalah pada diri sendiri. Dunia ini penuh persaingan, tetapi keunikan anda adalah kekuatan terbesar. Jangan takut untuk mencuba, dan sentiasa kekal autentik. 8. ⁠Siapa ikon yang Taanusiya minati dan mengapa? Ikon yang saya minati adalah individu yang bukan sahaja berjaya dalam bidang mereka, tetapi juga menggunakan platform mereka untuk memberi impak positif. Saya kagum dengan wanita yang berani, berprinsip, dan membawa perubahan kepada masyarakat. Artikel berkaitan: GLAM It Girl: Syaza Atheerah