Related Stories
Home > Gaya Hidup > Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di China House
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di China House
China House berganding bersama Xizhou Hall, penerima Anugerah Black Pearl, dalam sebuah kolaborasi eksklusif ‘Four Hands’ yang meraikan seni gastronomi tanpa sempadan. Ia menjadi sebuah perjalanan rasa antara masakan Cina Utara dan Huaiyang.
Terletak di Hyatt Regency Kuala Lumpur at KL Midtown, China House terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi juadah yang membawa interpretasi baharu kepada masakan Cina. Di sini, tradisi tidak sekadar dikekalkan. ia diolah semula menjadi pengalaman moden yang lebih segar dan penuh estetika rasa. Musim ini, China House hadir bersama kolaborasi eksklusif ‘Four-Hands’ antara Master Chef Alan Shao dan Executive Sous Chef Calvin Yu dari Xizhou Hall, Park Hyatt Suzhou. Pertemuan ini menyatukan dua dunia kulinari berbeza bersama kekuatan hidangan Northern Chinese dan kehalusan Huaiyang.
Restoran ikonik tersebut mempersembahkan pengalaman lebih istimewa menerusi kolaborasi eksklusif “Four-Hands” antara Master Chef Alan Shao dan Executive Sous Chef Calvin Yu dari Xizhou Hall di Park Hyatt Suzhou, penerima pengiktirafan Black Pearl One-Diamond. Sinergi ini ternyata menawarkan pengalaman santapan yang eksklusif, apabila diiringi kemahiran dan ketelitian tinggi kedua-dua chef dalam mengolah menu buat pengunjung.
Pengurus Besar Hyatt Regency Kuala Lumpur at KL Midtown, Till Martin, turut mengatakan bahawa misi China House adalah untuk membawa jiwa autentik masakan Cina Utara ke Kuala Lumpur. Mereka berdedikasi dalam meneroka resepi yang mungkin jarang ditemui di kota dan melalui gandingan bersama Four Hands, pengunjung dapat menikmati sajian istimewa dua lokasi itu.
Kolaborasi ini diterjemahkan dalam 23 hidangan yang disusun seperti sebuah perjalanan gastronomi. Daripada pembuka selera bertekstur kompleks seperti foie gras terrine dan caviar, hingga hidangan utama seperti Kaluga fish braised dan M9 Wagyu beef wok-fried, setiap elemen dirancang untuk mencipta keseimbangan antara intensiti dan kehalusan rasa. Rangkaian menu utama mereka turut memperlihatkan ketelitian teknik kedua-dua chef, terutama dalam penggunaan api wok dan teknik rebusan perlahan.
Hidangan seperti crispy beef ribs bersama tangerine peel serta steamed red grouper dengan chicken oil memperlihatkan bagaimana tradisi boleh diterjemahkan semula dalam bentuk yang lebih kontemporari tanpa kehilangan jiwa asalnya. Pencuci mulut seperti double skin milk dengan red bean dan winter melon jelly menjadi penutup, melengkapkan perjalanan rasa yang kompleks dengan sentuhan lembut. Ia seolah-olah menutup sebuah babak gastronomi yang bermakna.
Ditawarkan pada harga RM658+ seorang untuk set menu eksklusif, serta pilihan à la carte, kolaborasi ini membuka ruang untuk tetamu menikmati pengalaman kulinari sebagai sebuah pengalaman budaya. Di China House, setiap hidangan adalah cerita yang disusun dengan penuh seni antara Kuala Lumpur dan Suzhou. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Hyatt Regency Kuala Lumpur at KL Midtown.
Artikel berkaitan: Ini 5 Restoran Di Klang Valley Yang Mengangkat Cita Rasa Asia
Kolaborasi Eksklusif ‘Four-Hands’ Yang Mengangkat Seni Rasa

Pertemuan Dua Chef, Dua Falsafah
Chef Alan Shao membawa falsafah yang menekankan integriti bahan sebagai asas utama masakan. Setiap hidangan di China House dihasilkan di mana mereka menghargai dasal-usul rasa. Oleh itu, teknik moden tidak akan menenggelamkan identiti bahan itu sendiri. Di sisi lain, Chef Calvin Yu memperkenalkan keanggunan hidangan Huaiyang yang terkenal dengan teknik halus dan persembahan yang rapi. Di bawah kepemimpinannya di Xizhou Hall, beliau telah membina reputasi sebagai individu yang mampu mengangkat bahan eksklusif menjadi karya seni di atas pinggan.Koleksi Rasa Yang Menyatukan Tradisi Dan Inovasi
Kolaborasi ini diterjemahkan dalam 23 hidangan yang disusun seperti sebuah perjalanan gastronomi. Daripada pembuka selera bertekstur kompleks seperti foie gras terrine dan caviar, hingga hidangan utama seperti Kaluga fish braised dan M9 Wagyu beef wok-fried, setiap elemen dirancang untuk mencipta keseimbangan antara intensiti dan kehalusan rasa. Rangkaian menu utama mereka turut memperlihatkan ketelitian teknik kedua-dua chef, terutama dalam penggunaan api wok dan teknik rebusan perlahan.
Hidangan seperti crispy beef ribs bersama tangerine peel serta steamed red grouper dengan chicken oil memperlihatkan bagaimana tradisi boleh diterjemahkan semula dalam bentuk yang lebih kontemporari tanpa kehilangan jiwa asalnya. Pencuci mulut seperti double skin milk dengan red bean dan winter melon jelly menjadi penutup, melengkapkan perjalanan rasa yang kompleks dengan sentuhan lembut. Ia seolah-olah menutup sebuah babak gastronomi yang bermakna.
Pengalaman Eksklusif Di Tengah Kuala Lumpur
Ditawarkan pada harga RM658+ seorang untuk set menu eksklusif, serta pilihan à la carte, kolaborasi ini membuka ruang untuk tetamu menikmati pengalaman kulinari sebagai sebuah pengalaman budaya. Di China House, setiap hidangan adalah cerita yang disusun dengan penuh seni antara Kuala Lumpur dan Suzhou. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Hyatt Regency Kuala Lumpur at KL Midtown.
Artikel berkaitan: Ini 5 Restoran Di Klang Valley Yang Mengangkat Cita Rasa Asia
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
10 Makanan Tambahan Kaya Dengan Magnesium
BY Julia Azman
Apr 16, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026