Syafie Naswip Kini Bergelar Suami Aktres, Nur Afiqah
Kolaborasi Ikonik Beyonce & Madonna
“My Home Is In Your Arms” Menampilkan Penceritaan Dari Lansa Berbeza
Perjalanan Kerjaya Roger Federer Menemui Noktah
Kylie Jenner Diserang Aktivis Hak Asasi Haiwan Ketika Membeli-belah
Home > Gaya Hidup > Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua

Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua

Pasangan ikonik Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Singh mengumumkan kehamilan anak kedua mereka menerusi satu hantaran Instagram masing-masing. 

Pasangan ini menyambut cahaya mata pertama mereka, Dua, pada 8 September 2024 dan kini, Dua bakal bergelar seorang kakak! Sebaik sahaja hantaran itu tersiar, para selebriti dan peminat mula memenuhi ruangan komen dengan ucapan tahniah . Antara yang pertama memberi reaksi ialah Parineeti Chopra dan Samantha Ruth Prabhu, bersama Kiara Advani, Armaan Malik, Neil Nitin Mukesh, dan Bhumi Pednekar.

Deepika

Peminat pula meluahkan perasaan mereka dengan penuh emosi ramai yang menyifatkan berita ini sebagai “a healing moment” di tengah-tengah kekalutan dunia hari ini.

 

Berita gembira ini tiba pada masa Ranveer Singh sedang menikmati kejayaan filem Dhurandhar 2 di box office, manakala Deepika pula dinantikan dalam filem King bersama Shah Rukh Khan arahan Siddharth Anand. Di persidangan WAVES 2025, Deepika pernah berkongsi bagaimana pengalaman menjadi ibu telah mengubah perspektif hidupnya. Katanya, sebaik sahaja seseorang menjadi ibu, tanggungjawab terhadap insan lain mula mendahului segalanya dan pengalaman itu terasa seperti satu kehidupan yang sepenuhnya baharu.

Deepika

Deepika dan Ranveer pertama kali bertemu di set filem Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela, dan kemudiannya mengikat janji setia dalam satu majlis pernikahan yang penuh privasi di Lake Como, Itali, pada November 2018. Dari set filem ke altar cinta, dari pelukan pertama hingga kini menimang anak kedua kisah cinta DeepVeer terus ditulis dengan tinta yang paling indah.

Artikel berkaitan Deepika Padukone Rahsiakan Kehamilan Sulung