Something Blue, Something Green
Formasi Prima Arloji Ilham Jauhari
Konstruksi Persegi Klasik
Citra Jam Tangan Sofistikated Ilham Audemars Piguet
Longines Memperkenalkan Koleksi “Record” Sempena Ulangtahun Ke-185
Home > GLAM Plus > GLAM Horologi > Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya

Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya

Marsha Milan kekal cekal mencipta nama sebagai penyanyi yang bermula daripada pentas pertandingan realiti.

Pada tahun 2005, nama Marsha Milan mula bergema di seluruh Malaysia apabila beliau menyertai Akademi Fantasia musim 3 (AF3) dan berjaya menduduki tempat keempat dalam konsert akhir. Saat itulah perjalanan panjang seorang penyanyi bermula. Selang beberapa tahun, Marsha membuktikan bahawa populariti AF bukan sepantas kilat sesaat. Lagu-lagu seperti Untuk Terakhir Kali, Yang Terbaik, Cinta, dan Bimbang berjaya mengangkat namanya lebih tinggi dalam industri muzik tanah air.

Jam tangan Omega Constellation yang berinsprasikan bintang diserikan bersama berlian sebagai pengganti nombor.

Detik bersejarah datang pada tahun 2013. Marsha dipercayai Disney untuk mengisi suara watak Elsa dalam versi Bahasa Melayu filem Frozen, sekali gus menyanyikan lagu bertajuk Bebaskan sebuah adaptasi Melayu bagi lagu ikonik Let It Go. Kepercayaan sebesar itu membuktikan kedudukan Marsha sebagai penyanyi bertaraf tinggi.

 
View this post on Instagram
 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)

Masa terus berlalu, namun semangat Marsha tidak pernah pudar. Pada tahun 2022, beliau menerima pengiktirafan di Anugerah Juara Lagu ke-36 melalui lagu bertajuk Cinta. Lebih membanggakan, pada 16 Februari 2025, Marsha muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-39 melalui lagu Hening Rindu.

Pengalaman yang dilalui menjadikan saya lebih bijak membuat keputusan terbaik dalam menentukan arah kehidupan serta perkembangan kerjaya. Itulah yang menjadikan Marsha Milan hari ini lebih baik daripada dirinya yang dahulu

Jam tangan Seamaster Aqua Terra dengan dail rona terracotta oleh Omega.

Hampir 20 tahun bergelar anak seni dalam industri seni, Marsha terus optimis dan memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan. Marsha sudah mula memakai topi lain dalam dunia muzik. Menggalas tugas komposer muzik dengan menghasilkan lagu seperti Tangisan Seorang Pendosa telah membawanya ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-40. Dari pentas AF hingga ke kemuncak AJL, suaranya membuktikan kecekalan yang dibawa sehingga hari ini.