Cermin Mata Plant-Based Godaan Salvatore Ferragamo
NYFW: Street Style
‘Paparazzi’ Menjadi Tema Kempen Terkini Balenciaga
Eksklusif: Penggambaran Fesyen Margaret Zhang Bersama Gucci Di Milan
Minggu Fesyen Milan: Siapa Wanita Baru Milan?
Home > Fesyen > Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada

Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada

Selepas dua dekad, filem The Devil Wears Prada 2 kembali dengan nafas baharu yang lebih segar dalam dunia fesyen dan editorial. Antara evolusi fesyen di karpet merah yang mencuri perhatian adalah Meryl Streep semasa filem pertama dan sekuelnya, dengan setiap penampilannya yang menyuntik daya tarikan. Filem ikonik The Devil Wears Prada sentiasa sinonim dengan landskap fesyen yang tajam, elegan dan penuh karakter. Setiap gaya di karpet merah menjadi pernyataan yang membentuk identiti visual filem itu sendiri. Siluet yang tampak moden diiringi sentuhan yang lebih berani, evolusi busana mereka terus mencerminkan bagaimana fesyen bergerak seiring masa. GLAM singkap ragam fesyen karpet merah buat para pelakon The Devil Wears Prada buat filem pertama dan sekuelnya.

1. Meryl Streep

Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem Devil Wears Prada 1 dan 2 Pada 2006 sewaktu karpet merah The Devil Wears Prada, Meryl Streep tampil dengan kemeja satin berlengan panjang dipadankan dengan skirt labuh paras lutut berkilauan labuci, disempurnakan dengan selendang krim elegan yang berperincian renda. Kini, kekal sebagai watak utama filem klasik itu, Meryl Streep menyerlah dengan busana daripada Givenchy oleh Sarah Burton, dengan cape merah ceri yang dramatik serta sarung tangan berona hitam. Turut memadukan cermin mata hitam ala Anna Wintour, Streep kekal membawa aura yang penuh karisma dan sofistikated di setiap langkahnya.

2. Anne Hathaway

Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem Devil Wears Prada 1 dan 2 20 tahun lalu, Anne Hathaway hadir dalam gaun merah labuh dengan garis leher yang berani, disempurnakan dengan gaya rambut disanggul kemas. Gayanya dilengkapkan dengan anting-anting emas berhiaskan kristal merah serta kasut tumit tinggi perak yang menambah sentuhan glamor. Untuk tayangan perdana The Devil Wears Prada 2 di New York 2026, Hathaway kembali dan kekal memilih rona merah, namun kali ini di dalam siluet yang jauh lebih dramatik rekaan Nicolas Ghesquière oleh Louis Vuitton. Gaun yang disarungkan Hathaway membawa gaya klasik, yang mana evolusi fesyennya memperlihatkan perkembangan gaya yang semakin matang, berani serta penuh sentuhan glamor.

3. Emily Blunt

Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem Devil Wears Prada 1 dan 2 Tahun 2006, Emily Blunt hadir berbusana ungu bersama perincian renda hitam, dipadankan dengan kasut tumit tinggi berhiaskan batu permata hitam dan putih berbentuk bunga. Penampilannya disempurnakan dengan gaya rambut pouf klasik era Y2K serta solekan mata smokey yang dramatik. Melangkah 20 tahun ke hadapan, Emily Blunt kembali di karpet merah The Devil Wears Prada 2 dengan penampilan couture Schiaparelli yang mencuri perhatiaan di bawah rekaan Daniel Roseberry, diambil daripada koleksi Musim Bunga 2026 terbaharu. 

4. Stanley Tucci

  Stanley Tucci mengekalkan imej klasik bersama busana blazer yang mencerminkan estetika maskulin yang karismatik. Dengan potongan yang rapi dan siluet yang terstruktur, penampilannya menyerlahkan daya tarikan yang bersahaja tanpa perlu berlebihan. Kini pada tahun 2026, Tucci menggayakan sepasang cermin mata hitam sekaligus membuktikan bahawa klasik tidak pernah ketinggalan zaman. Artikel berkaitan: Ini 5 Cara Chic Menggayakan Perhiasan Mixed Metal